Bekalan Air Dijangka Pulih Petang Ini, Laporan Polis Berhubung Pencemaran -MB Selangor

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, bekalan air yang putus semenjak awal pagi tadi akan pulih beransur-ansur mulai petang ini dan akan disalurkan secara berperingkat selepas itu.

“Saya kini di Muka Sauk (Intake) Sungai Selangor Fasa 2 untuk meninjau kerja-kerja pemulihan bekalan air akibat pencemaran yang dikesan awal pagi ini,

“Kadar pencemaran kini mencatat bacaaan 1 TON, bekalan air akan mula disalur apabila bacaan cecah 0 TON,

“Usaha pemulihan pencemaran sedang giat dilaksanakan,” katanya dilaman facebook sebentar tadi.

Menurut beliau, laporan polis telah dibuat berhubung kes pencemaran dan siasatan sedang dilaksanakan.

Dalam pada itu, Amirudin menjelaskan sebanyak 81 lori tangki air, 34 tangki statik dan 17 Pusat Khidmat Setempat telah digerakkan oleh Air Selangor untuk kegunaan para penguna yang terlibat gangguan bekalan air.

-SuaraTV

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat