Gangguan Bekalan Air Dibeberapa Kawasan WPKL Dan Selangor

- Advertisement -

CYBERJAYA: Syarikat Pengurusan Air Selangor, memaklumkan bahawa gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan 1,292 kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Air Selangor, gangguan bekalan air ini disebabkan henti tugas loji rawatan air sungai fas 1,2,3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran sumber air mentah.

“Pencemaran sumber air mentah telah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2.00 pagi, 19 Oktober 2020,”

“Ianya melibatkan 1,196.457 akaun merangkumi 1,292 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat,” menurut kenyataan tersebut.

Air Selangor telah mengambil tindakan segera  dengan melakukan proses pencairan dan “flushing” yang terdapat di dalam Sungai Selangor, dan telah melepaskan air secara graviti dari HORAS 600 dengan kapasiti 285 juta liter sehari dan pelepasan air mentah dari empangan sebanyak 800 juta liter sehari.

Sementara itu, Lembaga Urus Air Selangor telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 336 juta liter sehari untuk tujuan yang sama.

“Sehingga jam 6.30 pagi ini, pencemaran masih lagi di kesan di Sungai Selangor pada tahap 1 TON,

“Pengguna yang terlibat dengan gangguan ini boleh didapati di laman sesawang www.airselangor.com ,”katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat