SUKMA: Pasukan Sukan Berbasikal Wanita Johor Pecah Rekod Kebangsaan Dua Kali

- Advertisement -

NILAI – Ratu sukan berbasikal Johor, Siti Nur Adibah Akma Mohd Fuad percaya barisan pelumba Johor mampu memecahkan lebih banyak rekod pada masa akan datang selepas memadam rekod kebangsaan acara kejar mengejar berpasukan wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 di sini, hari ini.

Pasukan yang turut dibarisi Khairunissa Aleeya Saifulnizam, Normastura Norman dan Nur Syafika Natasha Kadir itu mencipta sensasi apabila dua kali memecahkan rekod kebangsaan dalam acara itu dengan catatan terbaik 4 minit 47.317 saat (s) pada acara final sekali gus mengatasi Terengganu di Velodrom Nasional Nilai.

Gandingan emas pada awalnya mencatat 4:52.955s pada pusingan kelayakan untuk memecahkan rekod lama 4:57.898s dilakukan pasukan kebangsaan pada Kejohanan Berbasikal Asia 2018.

Pasukan Terengganu diperkuatkan Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham, Nor Aisyah Munirah Che Ramli, Nurul Najwa Mohd Fauzi dan Siti Nur Alia Mansor meraih perak dengan 4:49.177s.

Gangsa pula dimenangi gandingan Kedah disertai Anis Natasya Ahmad, Nur Fitrah Shaari, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Phi Kun Pan dengan mencatat 4:57.269s.

“Saya fikir pelumba dalam pasukan Johor mampu memperbaiki rekod kebangsaan. Khairunissa dan Normastura masih boleh bersaing pada SUKMA akan datang dan mereka mempunyai bakat dan berpotensi.

“Kami tidak pernah mencatat masa terpantas ini dalam sesi latihan sebelum ini… dan catatan ketika kejohanan serta latihan juga adalah berbeza. Kejar mengejar berpasukan adalah sasaran emas kami tetapi kami tidak pernah diberikan tekanan oleh jurualtih untuk memecahkan rekod kebangsaan,” kata Siti Nur Adibah.

“Jurulatih hanya memberitahu kami untuk memperbaiki catatan masa. Jadi kami tidak pernah memikirkan mengenai memecahkan rekod kebangsaan tetapi kami mampu melakukan dua kali dalam kelayakan dan juga final,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat