Dua Lokaliti Kampung Orang Asli Di Pahang Dikenakan PKPD

- Advertisement -

SHAH ALAM – Dua lokaliti kampung orang asli di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa Isnin sehingga 3 Oktober depan.

Kawasan terlibat adalah Kampung Orang Asli Sungai Koi, Hulu Cheka, Jerantut dan Kampung Orang Asli Ulu Pareh, Bentong.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negeri (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, berkata, satu lokaliti dikenakan PKPD di Sabah yang sepatutnya tamat pada Isnin pula dilanjutkan sehingga 4 Oktober 2021.

“Lokaliti terlibat adalah Taman Pantai Lok Kawi, di Papar, Sabah,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi beliau pada Ahad.

Dalam kenyataan sama, beliau turut memaklumkan penamatan PKPD di beberapa lokaliti di Sabah dan Johor pada Isnin.

Katanya, lokaliti terlibat adalah Kampung Nelayan, Mukim Sungai Pinggan, Pontian Johor.

“Bagi lokaliti di Sabah, penamatan PKPD membabitkan Kampung Buanog Matunggong, Kudat; Kampung Tetabuan, di Beluran; Kampung Magatang di Keningau; dan Kampung Kinalas di Ranau,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat