Musa sambut baik pelawaan Bung bantu menangkan calon GRS

- Advertisement -

KOTA KINABALU- Tan Sri Musa Aman menyambut baik pelawaan Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk membantu kempen memenangkan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bekas Ketua Menteri Sabah itu dalam ciapan di Twitternya berkata, “susah senang, kita mesti membantu”.

“Itulah perjuangan asal kita @MyKinabatangan.

“Insyaallah kita sama-sama akan bantu semua calon,” kata Musa.

Beliau turut mencatat tanda pagar #GabunganRakyatSabah #SabahUbahBalik sebagai tanda solidariti dengan perjuangan GRS untuk merampas semula Sabah daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).

Semalam, Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berharap mentornya, Musa turun membantu kempen calon GRS kerana merasakan aura Musa masih kuat kepada rakyat di Sabah.

Sebelum ini juga Musa hadir di beberapa siri jelajah calon meskipun tidak bertanding di mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

(End)

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat