Hadi Awang anggap Amanah seperti anak derhaka

- Advertisement -

CYBERJAYA: Parti Warisan Sabah (Warisan) terdesak kerana berkempen dengan mendakwa Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai anak PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tindakan pemimpin Warisan mengaitkan Amanah sebagai anak PAS adalah tidak bijak.

Katanya, jika Amanah itu anak PAS maka ia boleh dianggap sebagai anak derhaka kerana masih menjalankan kerjasama dengan DAP.

“Amanah itu anak derhaka. Kita sudah putus kerjasama dengan DAP tetapi mereka masih nak ikut DAP juga (jadi) kita anggap mereka derhaka. Kalau betul-betul anak dia mesti taat kepada ibu bapa.

“Boleh jadi mereka terdesak dan merayu, itu satu langkah yang tidak bijak.

“Kita sudah tahu parti Warisan bekerjasama dengan DAP maka kita minta orang kita jangan sokong parti itu bersama rakan-rakan yang bergabung dengan mereka,” katanya selepas menyampaikan kuliah secara dalam talian di Masjid Rusila.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika diminta mengulas video yang memaparkan kenyataan Ketua Wirawati Warisan Bahagian Putatan, Izzatul Aini Nissanso yang mendakwa Amanah adalah anak PAS.

Dalam rakaman tular tersebut, Izzatul Aini dilaporkan berkata, ahli-ahli PAS perlu mengundi Rosdy Wasli kerana pembawaan calon Amanah yang bertanding di DUN Tanjung Keramat itu sama seperti wajah pemimpin PAS.

Menurut Abdul Hadi, beliau berharap ahli dan para penyokong PAS di Sabah tidak mudah terpedaya dengan helah dimainkan pihak lawan sebaliknya tetap memilih calon daripada parti yang menyertai Gabungan Rakyat Sabah.

Beliau sekali lagi mengulangi pendirian PAs bahawa parti itu bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dan seluruh jentera parti itu di Sabah dikerah untuk bekerja memenangkan gabungan itu.

“Saya juga sudah menggerakkan kepimpinan PAS Pusat ke sana (Sabah) termasuk Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Pemuda dan lain-lain untuk membantu di sana,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat