Sanusi Sahkan Tiada Aktiviti Pembalakan Di Gunung Jerai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Kedah memaklumkan tiada sebarang aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai berikutan kawasan itu diwartakan sebagai Hutan Perlindungan.

Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pihaknya dimaklumkan kejadian banjir kilat di Hutan Simpan Gunung Jerai adalah disebabkan fenomena kepala air di puncak Gunung Jerai.

“Sebagaimana sedia maklum, berlaku musibah banjir kilat petang tadi di kawasan persekitaran Hutan Simpan Gunung Jerai.

“Untuk makluman, tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai kerana hutan simpan itu diwartakan sebagai Hutan Perlindungan,” katanya dalam kenyataan pada malam Rabu.

Sanusi menjelaskan, fenomena kepala air yang terlalu kuat menyebabkan pokok sekitar hutan simpan turut dibawa arus deras sehingga ke sungai.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang semalam, tiga kakitangan Jerai Hill Resort terselamat, manakala seorang lagi masih hilang selepas terperangkap dalam kejadian fenomena kepala air di puncak Gunung Jerai.

Kejadian kepala air itu turut mengakibatkan banjir kilat sekitar kampung di kaki gunung di Yan dan Merbok dengan lebih 20 rumah penduduk dilaporkan rosak.

Pagi ini media melaporkan, tiga mangsa ditemukan maut di beberapa lokasi di sekitar kawasan Gunung Jerai di Yan, yang dilanda banjir susulan fenomena kepala air pada petang Rabu.

Sanusi memberitahu setakat operasi pada 1 pagi semalam, tiga lagi mangsa dipercayai masih hilang di satu kawasan di Titi Hayun.

“Ketiga-tiga mangsa (yang maut) adalah lelaki, dengan satu mangsa ditemukan di tanah runtuh jalan naik ke Gunung Jerai dan dikenal pasti sebagai Shahruzi Mohamad, berumur 53 tahun.

“Jenazah sudah diturunkan dan operasi (mencari dan menyelamat) akan disambung lagi kemudian,” katanya.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat telah ditamatkan sebentar tadi dan akan bersambung semula 7 pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira lima petang semalam, antara lokasi terlibat banjir selepas kejadian kepala air itu ialah kawasan di kaki gunung dan kawasan berhampiran sungai iaitu Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat