Pengasas Rumah Bonda Didakwa Esok Berkaitan Kes Dera Remaja Sindrom Down

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengasas Rumah Bonda yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes penderaan seorang remaja Sindrom Down berusia 13 tahun di Setapak akan didakwa di mahkamah esok.

Individu wanita itu akan didakwa di Mahkamah Majistret di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pukul 9 pagi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kertas siasatan ke atas individu itu telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara sebelum ini.

“Kini kita telah mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara untuk menuduh pengasas Rumah Bonda itu di mahkamah pada 20 Ogos 2021 (esok).

“Kita akan tuduh dia di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 12 Julai lalu, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyita rumah penjagaan dan perlindungan itu di Wangsa Maju selepas notis pengosongan kediaman berkenaan dikeluarkan pada 9 Julai lalu.

Pengarah JKM Bahagian Kebajikan Produktif Wilayah Persekutuan, Che Samsuzuki Che Noh berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan ke atas rumah jagaan berkenaan kerana didapati tidak pernah mendaftar operasi dengan agensi tersebut.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak remaja penghidap sindrom down Syndrome yang menginap di Rumah Bonda dikenali Bella disyaki didera.

Dalam laporan polis 24 Jun lalu, Bella didapati mempunyai kesan melecur di dada, tangan, leher dan paha serta kesan luka di bahagian badan lain selain disahkan positif Covid-19.

Pada 16 Julai lalu, Abd Jalil mengesahkan penahanan pemilik atau pengasas rumah kebajikan berkenaan oleh polis dan kertas siasatan baharu dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.

Pun begitu, perintah reman yang dipohon polis di mahkamah untuk meneruskan siasatan ke atas pemilik rumah bonda berkenaan ditolak.

“Bagaimanapun polis akan memanggil suspek berusia 29 tahun itu untuk mengambil keterangan,” tegasnya.- MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,577FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat