114 Ahli Parlimen Dipanggil Ke Istana Negara, Petanda Ismail Sabri Bakal PM 9?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikatakan telah berjaya mengumpul jumlah surat akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Menerusi satu tangkap layar pengesahan daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang tular di aplikasi WhatsApp, kesemua 114 ahli Dewan Rakyat itu akan dipanggil ke Istana Negara pagi ini

“Esok Khamis, 19 Ogos bermula pukul 10 pagi, kami Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bertolak ke Istana Negara dari WTCKL (Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur) dengan menaiki bas.

“Hanya kumpulan yang menang sahaja dijemput untuk pengesahan sokongan sekali lagi di Istana Negara. Ini bererti, Ismail Sabri dengan izin Allah S.W.T adalah calon Perdana Menteri yang menang,” kata Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian.

Pun begitu, awal hari ini semua 114 Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepada calon Perdana Menteri baharu, diminta hadir ke Istana Negara lebih awal dari waktu ditetapkan bagi menjalani ujian antigen Covid-19.

Menurut Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin, beliau menerima arahan itu daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun untuk memaklumkan kepada mereka yang telah dititah hadir dari jam 10 pagi hingga 4.20 petang ini.

“Pada menjalankan titah perintah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, saya dengan ini memberi notis kepada Yang Berhormat untuk hadir di Istana Negara bagi sesi menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada Khamis 19 Ogos 2021 pada jam 11.10 pagi.

“Ahli-ahli Yang Berhormat diminta supaya hadir lebih awal daripada masa yang ditetapkan untuk menjalani ujian antigen Covid-19 di Istana Negara,” katanya dalam kenyataan.

Kumpulan pertama jam 10 pagi, 24 Ahli Parlimen iaitu 18 dari Gabungan Parti Sabah (GPS) dan enam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didahului Datuk Seri Fadillah Yusof (Petra Jaya).

Kumpulan kedua jam 11.10 pagi, 25 Ahli Parlimen iaitu 12 Bersatu, 10 UMNO dan 3 bebas yang didahului Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kumpulan ketiga jam 2 petang, juga 25 Ahli Parlimen iaitu 12 dari UMNO dan 13 Bersatu yang didahului Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Kumpulan keempat jam 3.10 petang, 22 Ahli Parlimen iaitu 15 UMNO, dua MCA dan masing-masing satu dari MIC, PBRS, Bebas, PBS dan STAR yang didahului Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Terakhir, kumpulan kelima jam 4.20 petang ialah seramai 18 Ahli Parlimen iaitu dari Pas yang didahului Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Takiyuddin Hassan.

Semua 114 Ahli Parlimen ini dipercayai yang menyokong calon Perdana Menteri kesembilan berlandaskan sistem demokrasi berparlimen, iaitu pemilihan menerusi undian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat