Hentikan Projek Musang King di Gunung Inas serta- merta – MUDA Kedah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Projek tanaman durian Musang King di puncak Gunung Inas, Baling wajar dihentikan serta-merta kerana kebimbangan kejadian banjir berulang lagi.

Pengerusi MUDA Kedah, Muhammad Faqrul Asyraf Mohd Faizol berkata, kejadian seperti ini seharusnya diselesaikan dengan menutup puncanya dan bukan dengan mencuba untuk membantu menyelesaikan masalah pemaju yang jelas dan nyata telah menyusahkan penduduk kampung.

Tegasnya, ia bukan setakat menyusahkan penduduk malah ia turut meragut nyawa.

“Hampir dua minggu kejadian banjir di Baling, Kedah di mana tiga nyawa penduduk yang tidak bersalah telah diragut, dan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengesahkan punca banjir adalah disebabkan kolam takungan yang dibina melalui sebuah projek
tanaman durian Musang King di puncak Gunung Inas.

“Artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian itu juga memetik bahawa kerajaan telah meluluskan enam projek bagi membendung kejadian yang berlaku antaranya membabitkan pembinaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

“Sampai bila mahu dibendung kejadian yang telah meragut nyawa ini? Kerajaan Pusat dan Negeri seharusnya sudah mula mengambil tindakan yang berat kepada pemaju projek Musang King tersebut dan mengarahkan supaya projek itu terus dihentikan,” tegas beliau dalam kenyataan pada Selasa.

Kata Faqrul Asyraf lagi, rata-rata penduduk di kawasan tragedi menegaskan dan menginginkan supaya projek tersebut dihentikan serta-merta kerana bimbang kejadian yang sama atau yang lebih teruk akan berlaku.

“Saya dan Jawatankuasa MUDA Kedah yang telah berkampung di Kampung Iboi, Baling dalam misi #BantuBaling kami bagi membantu mangsa banjir dan menyerahkan bantuan sempat berbual bersama penduduk kampung. Rata-ratanya menegaskan dan menginginkan supaya projek tersebut dihentikan serta-merta kerana bimbang kejadian yang sama atau yang lebih teruk akan berlaku.

“Kejadian seperti ini seharusnya diselesaikan dengan menutup puncanya dan bukan dengan mencuba untuk membantu menyelesaikan masalah pemaju yang jelas dan nyata telah menyusahkan penduduk kampung. Bukan setakat menyusahkan penduduk, ada antara mereka yang terkorban!

“Saya memohon kerajaan negeri, mendengar permintaan dan rayuan penduduk kampung agar projek ini dihentikan secepat mungkin,” katanya.

Seterusnya ujar beliau lagi, kerajaan negeri perlu memberikan bantuan yang menyeluruh dan relevan kepada semua mangsa yang terlibat.

“Akibat sikap tamak dan pentingkan diri, nyawa dan harta penduduk setempat menjadi cagaran,” bidasnya.

Semalam, KASA mengesahkan punca banjir di beberapa kampung di Baling, awal bulan ini, disebabkan kolam takungan yang dibina di Projek tanaman durian Musang King di puncak Gunung Inas, pecah.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata punca itu dikesan melalui kajian yang dilaksanakan oleh kementerian itu.

“Kajian mendapati adanya satu kolam takungan yang pecah yang mana ia menyebabkan berlakunya banjir di beberapa kampung termasuk Kampung Iboi, Kampung Padang Lengkuas, Bukit Hangus dan Kampung Pisang.

“Kalau dilihat dari kadar hujan, ia tidak lebat sekadar 36 hingga 40 milimeter (mm) sahaja,” katanya di Dewan Rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat