Agresif perangi penyeludupan minyak masak – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Isu ketirisan subsidi dan penyeludupan minyak masak perlu dihapus segera terlebih dahulu dengan lebih agresif.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa penangkapan besar-besaran terhadap aktiviti penyeludupan dan dalang perlu disegerakan malah media juga boleh membantu memperbanyak liputan sedemikian.

“Ramai rakyat terutama berpendapatan rendah mengeluh apabila sukar mendapat bekalan minyak masak subsidi.

“Terdapat ramai juga merungut apabila harga minyak masak biasa semakin meningkat sedangkan ini merupakan keperluan harian kita.

“Sedangkan Malaysia merupakan kalangan lima pengeluar minyak kelapa sawit yang terbesar dunia,” kata Zahid dalam kenyataan pada Selasa.

Sebab itu katanya, ada rungutan dan hairan betapa harga minyak kelapa sawit di Malaysia sepatutnya lebih murah berbanding negara bukan pengeluar.

“Maka, isu harga minyak kelapa sawit, isu minyak masak subsidi perlu ditangani agar tidak membebankan pengguna.

“Dalam soal ini bukan golongan B40 sahaja terkesan dengan harga minyak masak, akan tetapi semua lapisan masyarakat dan keluarga merasainya,” ujarnya.

Zahid mendesak tindakan agresif dilakukan kerajaan untuk menggepur penyelewengan minyak masak.

Pada masa yang sama beliau mencadangkan kerajaan boleh memastikan stok minyak masak mencukupi dengan harga munasabah di pasaran tempatan.

“Keperluan eksport penting namun keperluan tempatan hendaklah dipenuhi terlebih dahulu.

“Pihak pengeluar pula perlu ada rasa nasionalisme ekonomi untuk memastikan kehidupan rakyat negara ini tidak terlalu terbeban dengan harga yang terlalu tinggi.

“Mak cik pisang goreng juga ialah warganegara kita. Maka kita perlu bantu semua lapisan masyarakat kita dengan memastikan harga munasabah minyak masak untuk kesejahteraan masyarakat dan negara,” kata Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat