Suami orang mesti dengar lagu Pukau – Naufa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketika genre muzik dangdut tidak sehangat dahulu, Naufa berani mempertaruhkan single Pukau yang menyelit mesej meminta suami menghargai isteri yang banyak berkorban masa dan tenaga dalam membina keluarga bahagia.

Naufa yang juga pemenang tempat ketiga musim pertama program realiti, Lagu Cinta Kinta, memberitahu, single pop dangdut ciptaan El Hadam memaparkan gelagat lelaki berstatus suami yang bersifat mata keranjang.

“Dalam lagu ini, saya digambarkan gadis yang menarik perhatian jejaka atau membuat mereka tergoda dengan kecantikan dimiliki.

“Apa yang diselitkan adalah gelagat lelaki bermata keranjang yang pantang melihat wanita cantik walaupun sudah berumah tangga.

Lagu Pukau ciptaan El Hadam dendangan Naufa menyelitkan elemen muzik Jawa. Foto Ihsan MAP Music
Lagu Pukau ciptaan El Hadam dendangan Naufa menyelitkan elemen muzik Jawa. Foto Ihsan MAP Music

 

“Mesej yang cuba disampaikan adalah hargai pasangan anda iaitu isteri yang banyak berkorban dan usah lupa tanggungjawab sebagai suami,” katanya kepada BH Online.

Lagu Pukau terbitan MAP Music dirakamkan pada November tahun lalu.

Naufa yang sudah empat tahu mencuba nasib dalam dunia muzik menganggap dirinya masih hijau.

“Saya terbuka dengan pelbagai cabaran dan perkara baharu termasuk menyanyikan lagu dangdut seperti Pukau yang menyelitkan elemen muzik Jawa.

“Tahun lalu, single pertama saya, Tiada Untukmu berkonsep pop rock. Bagi saya, selagi mana-mana genre muzik tidak membawa unsur buruk, saya sedia mencabar diri,” katanya yang mahu menjadi penyanyi versatil.

Naufa atau nama sebenarnya, Nor Fatihah Taib, 26, percaya muzik dangdut masih ada peminatnya di Malaysia.

“Soal dangdut ‘in’ atau tidak, saya percaya muzik itu bersifat universal. Masih ada orang yang meminati genre muzik ini,” katanya.

Naufa yang sudah berkahwin dan memiliki seorang anak, menyertai Map Music sejak 2019.

Sebelum program Lagu Cinta Kita, Naufa menyertai Pertandingan Bintang P Ramlee & Saloma Peringkat Wilayah Persekutuan pada 2014.

Berita Harian

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat