Bukan masanya kerajaan ‘main tikam’ jutaan nyawa jadi taruhan – Najib bidas Tengku Zafrul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak main-main dalam urusan mengendalikan wabak Covid-19 kerana ia membabitkan taruhan nyawa rakyat.

Beliau mengkritik jawapan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang dalam wawancara bersama South China Morning Post (SCMP) berkata, “beliau memilih untuk berlapang dada terhadap tohman kerajaan gagal yang menjadi kempen pembangkang dan warganet di media sosial.

“Saya tak rasa sesiapa pun tahu apa yang perlu dilakukan, tiada peraturan atau buku teks yang boleh dirujuk.

“Jadi amat penting untuk kita lakukan yang terbaik… (dan) kita semua bersatu untuk memerangi Covid-19,” katanya.

Najib bertindak ‘menyekolahkan’ Tengku Zafrul dengan memberitahu ini bukan masanya kerajaan ‘main tikam’.

“Tak sesiapa pun tahu apa yang perlu dilakukan.”

“Patutlah Ketua Penerangan Bersatu kata hari itu bahawa kerajaan asyik “try and error” sahaja. Jika tak betul, boleh u-turn.

“Masalahnya ialah ini bukan masa untuk korang main tikam.

“Ribuan nyawa dan kehidupan puluhan juta orang dipertaruhkan,” bidas Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat