PM Tidak Pernah Nyatakan Akan Iktiraf UEC – PMO

Usahawan IKS Digalak Francaiskan Produk – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) terus menggalakkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dan mikro untuk memfrancaiskan produk mereka...

Malaysia negara ke-46 haram senjata nuklear – Hishammudin

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini meratifikasi Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) dan muncul sebagai negara ke-46 melaksanakan komitmennya untuk berbuat demikian. Menteri Luar, Datuk...

Alam Semula Jadi Dalam Bandar, Gamuda Gardens Hasilkan Kediaman Dengan Ciri Co-Living

Antara kriteria rumah idaman yang susah nak jumpa ialah rumah yang bertemakan alam semula jadi. Terletak di bandar tapi nak ada landscape yang cantik dan penuh...

8 Tempat Makan Yang Sedap Dan ‘Murah’ Di Johor Bahru Pasti Tidak Rugi Untuk Anda Cuba

Adakah anda pernah berkunjung ke Johor Bahru dan pening kepala mahu makan apa? Mungkin perkongsian ini akan menjimatkan masa anda memilih tempat makan apabila...

Sam kena kuarantin di hotel

KUALA LUMPUR: Aktor popular, Shaheizy Sam akur menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas kembali dari Sabah atas...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah menyatakan kerajaan akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dalam pertemuan beliau bersama pimpinan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zhong).

“Berhubung isu pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC) yang dibangkitkan dalam pertemuan pimpinan Hua Zhong bersama YAB Perdana Menteri pada 16 Julai 2020, ingin dijelaskan bahawa YAB Perdana Menteri tidak menyatakan kerajaan akan mengiktiraf sijil UEC,” menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini pagi ini.

Kenyataan itu menyatakan, Perdana Menteri sebaliknya menyebut bahawa UEC telah mendapat pengiktirafan sebahagian, apabila kerajaan pada masa lalu telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Menurut kenyataan itu juga, kerajaan pada tahun 2012 telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti program PISMP, dalam bidang Bahasa Cina dengan syarat mereka lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian, dalam Bahasa Melayu.

“YAB Perdana Menteri juga menegaskan UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan, sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu lagi.

Media melaporkan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP Ronnie Liu Tian Khiew, mahu Muhyiddin mengotakan janji untuk UEC sebagaimana dijanjikan beliau dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sewaktu masih bersama Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu turut dilaporkan dakwaan Hua Zhong bahawa Muhyiddin secara peribadi berharap pada suatu hari nanti kerajaan akan mengiktiraf UEC.

Menurut pertubuhan itu, Muhyiddin menyatakan harapan itu semasa mereka mengadakan pertemuan di bangunan Parlimen beberapa hari lepas.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Usahawan IKS Digalak Francaiskan Produk – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) terus menggalakkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dan mikro untuk memfrancaiskan produk mereka...

Malaysia negara ke-46 haram senjata nuklear – Hishammudin

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini meratifikasi Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) dan muncul sebagai negara ke-46 melaksanakan komitmennya untuk berbuat demikian. Menteri Luar, Datuk...

UMNO Sabah Bersedia Melangkah Jauh Ke Hadapan, Kata Bung

Kota Kinabalu - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pihak yang masih bersandiwara dengan menyalahkan pemimpin tertentu dalam hal...