Bekas Timb Menteri Dipecat Dari Bersatu

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini memecat bekas timbalan menteri kerja raya, berkuatkuasa serta merta.

Setiusaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan media hari ini berkata, tindakan tersebut kerana tindakanDr Shahruddin duduk di blok pembangkang ketika sesi Dewan Rakyat yang lalu.

“Bersatu mengesahkan Ahli Parlimen Sri Gading, Dr Sharuddin Mat Salleh telah mengeluarkan notis pemakluman Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkaitan kedudukan kerusi beliau yang tidak bersama blok kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin merangkap presiden dan pemangku pengerusi Bersatu.

“Oleh yang demikian, adalah dimaklumkan bahawa keahlian beliau (Sharuddin) terhenti secara serta merta menurut fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan Bersatu,” kata kenyataan itu.

Hamzah turut memberi peringatan kepada ahli-ahli Bersatu supaya tidak terlibat dalam kempen bekas pimpinannya yang telah disingkirkan.

“Bersatu memberi amaran kepada mana-mana ahli yang menyokong atau bersama bekas pemimpin Bersatu yang telah terlucut keahlian dalam kempen-kempen yang bertujuan untuk memburukkan nama baik parti.

“Dalam hal ini, Bersatu tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan disiplin yang tegas terhadap mana-mana ahli yang telah melanggar dan menyalahi perlembagaan parti,” katanya yang juga menteri dalam negeri.

Awal bulan lalu, Ahli Parlimen Sri Gading itu mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai timbalan menteri kerja raya selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perletakan jawatan beliau itu dibuat ketika pergolakan kepimpinan Bersatu antara Muhyiddin dengan bekas pengerusinya Dr Mahathir Mohamad yang juga dipecat daripada parti itu sebelum ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat