KKM Kesan 3 Kluster Baharu

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Tiga kluster baharu penularan koronavirus (Covid-19) dikesan di Sepang, Selangor; Brickfields di sini dan Sarawak, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, setakat ini terdapat dua kes positif dalam kalangan bukan warganegara direkodkan daripada kluster Rumah Kongsi Sepang yang dikesan di sebuah tapak pembinaan dengan 96 pekerja disaring sehingga jam 12 tengah hari tadi.

“Mereka terdiri daripada sembilan warganegara Malaysia dan 87 bukan warganegara. Daripada jumlah saringan ini, 96 orang telah disampel dan keputusan persampelan setakat ini adalah dua positif manakala 94 lagi negatif.

“Kluster ini melibatkan seorang warga Indonesia yang merupakan kes indeks kluster ini dan seorang warga Bangladesh yang merupakan kontak rapat kes dilaporkan hari ini. Punca jangkitan kluster masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berhubung kluster kedua iaitu kluster Restoran Kuala Lumpur yang dikesan di sebuah restoran di Brickfields, Dr Noor Hisham berkata, setakat jam 12 tengah hari tadi, 250 orang melibatkan 14 pekerja restoran dan 236 pelanggan disaring.

Beliau berkata, ia adalah hasil saringan rawak di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan dua kes positif melibatkan dua warga India dikesan dalam kluster itu manakala punca jangkitan kluster masih dalam siasatan.

Mengenai kluster ketiga iaitu Jeti Kuching di Sarawak, Dr Noor Hisham berkata, seramai 25 nelayan disaring setakat jam 12 tengah hari tadi dan dua warganegara Indonesia dikesan positif Covid-19.

“Keputusan persampelan bagi 23 yang lain adalah negatif dan punca jangkitan kluster masih dalam siasatan,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat