Masjid bukan tempat berpolitik – Mohamed Sukri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar mengecam sekeras kerasnya tindakan Umno Bahagian Kota Raja yang menggunakan masjid untuk kepentingan parti itu.

Menurutnya, penganjuran bermotifkan politik ini jelas apabila terpampang perkataan Umno pada sepanduk Majlis Korban Perdana di Masjid An Naim, Jalan Kebun, Klang.

Beliau berkata hal ini jelas melanggar titah baginda Sultan Selangor berkenaan larangan parti politik untuk berpolitik di masjid.

“Sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Zafrul sepatutnya cakna dengan etika masjid zon bebas politik ini.

“Janganlah berselindung disebalik pelaksanaan ibadah korban untuk menyelinap agenda politik ke dalam institusi masjid.

“Hormati titah Sultan Selangor dan arahan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya berdasarkan Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) Tahun 2017, Pentadbir Masjid dan Surau hendaklah membantu apa juga ketetapan yang dibuat oleh MAIS.

“Sebarang tindakan yang bersifat menghina atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan titah Sultan Selangor atau arahan MAIS, boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12 (a) atau (b), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Berpolitiklah secara matang dan sejahtera. Masjid perlu dijadikan medan untuk masyarakat bersatu-padu tanpa mengira latar belakang parti, kaum mahupun taraf kehidupan.

“Jangan biarkan budaya politik sempit yang gemar menggunakan kesempatan ini terus memecah-belahkan rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat