Ciapan ‘terakhir’ di Twitter, Adibah beritahu tak dapat membantu lagi

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Isnin lalu, bertarikh 13 Jun, jam 1.19 petang, Allahyarham Adibah Noor, 52, dilihat berkongsi satu ciapan di akaun Twitter miliknya.

Ciapan ditulis arwah itu seakan memaklumkan dia tidak dapat membantu lagi berikutan dirinya juga berada dalam keadaan memerlukan.

“Maaf. Kali ini aku tak dapat tolong. Kerana aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan. Moga Allah permudahkan urusan mu,” tulisnya.

Ciapan yang mendapat lebih 1800 ulang ciap itu, turut menerima lebih 3,000 tanda suka pada kalangan pengikut Adibah yang memahami sikap prihatin dan suka membantu dimiliki penyanyi dan pelakon itu.

Apatah lagi, Adibah juga dikenali sebagai individu yang sangat mencintai kucing. Dia dikhabarkan membela lebih 40 ekor kucing yang dijaga dan dirawat dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Menerusi ciapan itu juga Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar tidak memberitahu berkaitan keadaan dirinya yang menderita kanser ovari tahap empat.

Arwah yang tetap membalas komen pengikut dan peminatnya di ruangan itu, bagaimanapun seakan memberi bayangan bahawa dia akan pergi buat selamanya.

Sehingga kini, ruangan komen di ciapan berkenaan dibanjiri ucapan takziah dan doa buat penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa pada 2006 itu.

Terdahulu, Allahyarham Adibah juga difahamkan sempat menulis ciapan terakhir iaitu ucapan salam takziah buat pelakon legenda Hamid Gurkha yang meninggal dunia Rabu lalu.

Semalam, Adibah disahkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang. Jenazah Allahyarham yang dibawa pulang ke kediaman keluarga di Keramat Permai malam tadi, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai.

Hsrian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat