Arwah Adibah minta Ani rahsiakan penyakit kanser

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rakan seperjuangan Allahyarham Adibah Noor dalam program realiti, Gegar Vaganza (GV) musim kelapan, Ani Mayuni mohon maaf kerana perlu merahsiakan penderitaan dialami pelantun lagu Terlalu Istimewa itu daripada pengetahuan ramai.

Ani atau nama sebenarnya, Aishah An Nur Osman berkata, dia menghormati permintaan arwah untuk tidak mendedahkannya.

“Arwah memaklumkan sudah lama menderita kanser ovari. Saya minta maaf kami terpaksa merahsiakan.

“Sebelum ini, arwah ada memberitahu saya dan beberapa rakan GV8. Dan, kami menyimpan rahsia ini.

“Kami tak boleh nak uar-uarkan kerana arwah sedang menanggung kesakitan ketika ini,” katanya kepada BH Online.

 

Allahyarham Adibah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat, jam 7.30 petang ini.

 

Tambah Ani lagi, arwah yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 52 tahun itu mengambil masa lama untuk berehat selepas menjalani pembedahan.

“Selepas selesai GV8, arwah sudah mula sakit seperti demam ‘on’ dan ‘off’.

“Kemudiannya, arwah ditahan di hospital. Saya ingatkan arwah lama tak keluar disebabkan pandemik COVID-19.

“Apabila saya bertanya secara peribadi, barulah arwah beritahu mempunyai kanser ovari dan dan baru selesai menjalani pembedahan.

“Arwah sedang dalam tempoh berpantang dan biasalah, nak berehat. Jadi, arwah tak mahu terima tetamu dan tawaran pekerjaan.

“Apa yang kita lihat hantaran terakhirnya dalam Instagram, baru-baru ini adalah persembahan pertama dijayakan selepas lama berehat,” katanya.

Bagaimanapun, Ani mengakui, berita pemergian sahabat baiknya itu sangat mengejutkan buatnya.

Terdahulu, Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat, jam 7.30 malam ini.

Jenazah arwah masih berada di hospital dan akan dibawa ke AU1, Taman Keramat Permai.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat