Pesona negeri Kenyalang

Perincian i-Sinar diumum KWSP pada 2 Dis

CYBERJAYA: Perincian berkenaan program i-Sinar seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 akan diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Rabu depan. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri...

Ada banyak lagi rekod yang Bersatu malu nak berbangga – Puad

KUALA LUMPUR – Pada pehimpunan agung Bersatu kali ketiga hujung minggu lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan parti itu mendedahkan “pencapaian terbaik” yang...

Lebuh Raya CSR, KBKK dijangka siap 2025 – Mustapa

KOTA BHARU: Projek pembinaan Lebuh Raya Utama Tengah (CSR) dan Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (KBKK) dijangka siap sepenuhnya pada 2025, kata...

Boleh Bagi TPM Kepada UMNO, Tapi Keputusan Di Tangan Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Keputusan melantik Timbalan Perdana Menteri terletak sepenuhnya di tangan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk...

Bapa dirikan khemah di atas bukit untuk anak belajar

TANAH MERAH: Seorang bapa di Bukit Petai Tujuh dekat sini bertindak mendirikan sebuah khemah di atas bukit setinggi kira-kira 20 meter bagi membantu anaknya...

KALI pertama menjejakkan kaki ke Sarawak kira-kira tiga tahun lalu, apabila menerima jemputan korporat membuat liputan Sambutan Hari Gawai di Serian. Sambutan masyarakat Dayak sangat mesra sehingga meninggalkan memori manis buat penulis.

Justeru, semestinya tahun 2020 penulis merancang untuk kembali merasai kemeriahan perayaan Gawai. Namun akibat penularan pandemik Covid-19, hasrat untuk memenuhi bucket list dan terbang ke bumi Kenyalang terbantut.

Mujurlah sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penulis berkesempatan mengikuti lawatan media anjuran Sarawak Tourism Board yang memberi peluang melihat secara dekat tarikan ada di Kuching.

Selain terpesona dengan seni bina bangunan dan pakaian tradisi termasuk batik Sarawak, makanan antara elemen yang terus menambat hati penulis sepanjang berada di lokasi berkenaan.

Paling menarik bagi penulis ialah eksplorasi media ke kampung tradisi yang terletak kira-kira 100 kilometer di selatan Kuching. Di sebalik perubahan bandar semakin moden, rumah panjang yang menempatkan suku Bidayuh sudah menjangkau usia 200 tahun.

Suasana perkampungan ini yang terletak di kaki bukit Borneo memperlihatkan ketenangan dengan sungai yang cukup jernih. Selain dikelilingi pemandangan hijau menunjukkan ia sesuai untuk yang mahu ketenangan di desa.

BERGAMBAR dengan pemandangan kampung Annah Rais. FOTO Ihsan Kumpulan Media STB
BERGAMBAR dengan pemandangan kampung Annah Rais. FOTO Ihsan Kumpulan Media STB
RESTORAN Lepau popular menyajikan masakan tradisi termasuk beras Bario, Midin Belacan dan Ayam Pasut. FOTO Ihsan Kumpulan Media STB
RESTORAN Lepau popular menyajikan masakan tradisi termasuk beras Bario, Midin Belacan dan Ayam Pasut. FOTO Ihsan Kumpulan Media STB

Ketika sampai ke lokasi rumah panjang itu, kami dihiburkan dengan pemain sape tempatan selain diberi peluang merasai kerepek tempatan iaitu ubi.

Tarikan lain mesti dilawati pengunjung sepanjang berada di sini ialah Head House yang berusia 150 tahun. Warga tempatan ditemui memaklumkan kepala berada di rumah berkenaan ialah kepala tentera jepun yang dipenggal. Boleh dilihat selain duit, banyak puntung rokok yang dikatakan sebagai ‘sembahan’ untuk menenangkan roh atau semangat si mati.

Selain Head House, sebenarnya kunjungan media pada hari pertama di The Brooke Gallery juga boleh dikatakan antara pengalaman tidak boleh dilupakan sepanjang tiga hari berada di bandar itu.

Mana tidaknya dalam galeri pameran yang memaparkan banyak artifak bersejarah terdapat sebuah bilik yang menempatkan tengkorak musuh yang dipenggal suatu ketika dahulu.

MENYUSURI Sungai Sarawak. FOTO Ihsan Kumpulan Media STB
MENYUSURI Sungai Sarawak. FOTO Ihsan Kumpulan Media STB
PEMANDANGAN Jambatan Darul Hana. FOTO Ihsan Kumpulan Media STB
PEMANDANGAN Jambatan Darul Hana. FOTO Ihsan Kumpulan Media STB

Namun pesona dimiliki bangunan warisan iaitu Kubu Margherita yang dibina pada 1879 boleh dilihat pada setiap rakaman foto sempat dirakam penulis mahupun media lain.

Jika dikongsi di akaun Instagram, mungkin ramai akan menyangka sudah jauh ‘melantun’ ke negara Eropah kerana seni bina dan rumput permaidani hijau memberi landskap ringkas namun menarik.

Di sebalik bangunan itu sebagai kubu penting untuk berlindung daripada serangan lanun dan orang asal, ada tersingkap kisah romantis mengenai bagaimana bangunan itu mendapat nama. Ia dikatakan sebagai tanda kasih pemerintah waktu itu, Charles Brooke kepada isterinya Margaret Alice Lili de Windt yang dikahwini pada 1869.

Tidak jauh daripada tarikan itu boleh dilihat satu lagi ikonik baru yang mesti dikunjungi iaitu Jambatan Darul Hana. Suasana siang dan malam di jambatan itu berbeza kerana pada siangnya boleh menikmati pemandangan sungai dengan lebih jelas dari atas jambatan.

RUPA kampung tradisi 200 tahun. FOTO Ihsan Kumpulan Media STB
RUPA kampung tradisi 200 tahun. FOTO Ihsan Kumpulan Media STB

Malam pula pengunjung dapat menikmati pemandangan lampu LED yang bertukar-tukar menjadikan ia destinasi sesuai untuk rekreasi keluarga atau merakam kenangan bersama kenalan.

Panorama boleh dinikmati ialah bangunan Dewan Undangan Negeri, Masjid India Terapung dan sekitar Kuching Waterfront.

Satu aktiviti mesti dicuba ketika berada di Kuching ialah menyusuri sungai dan menyeberang untuk membeli kek lapis serta terubuk asin dengan menaiki Sarawak River Cruise dan Perauk Tambang.

Bagi penulis dalam kunjungan kali ini paling berpuas hati dengan pengalaman merasai hidangan tempatan. Juadah istimewa seperti Beras Bario, Manok Pansuh, Laksa Sarawak dan Midin Belacan antara sempat dinikmati.

Jangan lepaskan peluang kalau sudah berada di Kuching untuk menjejak kaki di Restoran Lepau, Restoran Budaya Sarawak dan Bukit Mata Seafood Restaurant Rooftop.

MENARIK sajian tradisi dalam set di Restoran Budaya Sarawak. FOTO Ihsan Kumpulan Media STB
MENARIK sajian tradisi dalam set di Restoran Budaya Sarawak. FOTO Ihsan Kumpulan Media STB
KEPALA musuh dipenggal di simpan di Head House. FOTO Ihsan Kumpulan Media STB
KEPALA musuh dipenggal di simpan di Head House. FOTO Ihsan Kumpulan Media STB

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Pengumuman Filem Animasi Ejen Ali: The Movie 2 Buatkan Netizen Tidak Sabar Menantikannya

Bermula sebagai siri animasi pada 2016, Ejen Ali nampaknya berjaya menarik perhatian tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa menerusi animasi serta plotnya yang unik dan...

Peminat Terpegun Dengan Aksi Pencak Silat Ultraman Ribut Dalam Ultra Galaxy Fight

Baru sahaja ditayangkan 6 jam yang lalu, siri ULTRA GALAXY FIGHT: THE ABSOLUTE CONSPIRACY episod kedua sudah menjadi buat mulut peminat Ultraman terutamanya peminat...

7 ‘Sneakers Collab’ Hebat Yang Dibuat Eksklusif Untuk Malaysia

SneakerLah merupakan acara sneakers-convention terbesar di Malaysia sejak ia dimulakan pada tahun 2015. Pada tahun lalu, SneakerLah telah menyaksikan kelahiran sepasang kasut edisi terhad pertamanya hasil...