Undilah DAP demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Maslan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kesemua 3.5 juta ahli Umno perlu sedia mentaati arahan parti termasuk mengundi calon Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP yang terpilih mewakili Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ahli parti perlu mengetepikan sentimen masing-masing dan sedia memberi undi kepada rakan kongsi untuk meneruskan kestabilan kerajaan sedia ada.

“Apabila kita sudah berada dalam Kerajaan Perpaduan, maka kita hendaklah mengikut disiplin parti dengan memastikan arahan parti dituruti.
“Memanglah undi itu rahsia tapi gesaan saya ialah bukan atas nama DAP bukan atas nama parti-parti tetapi atas nama Kerajaan Perpaduan.

“Jadi sentimen-sentimen yang ada pada diri kita hendaklah kita tinggalkan kerana dinamika politik Malaysia ini begitu hebat.Kita lihat apa yang berlaku sudah berlaku dan kita inginkan kestabilan,” katanya lapor MG di Shah Alam pada Jumaat.

Terdahulu Ahmad yang jugaTimbalan Menteri Kewangan telah merasmikan Loji Kabel XLPE Federal Power Sdn Bhd.

Hadir sama, bekas Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani.

Beliau mengulas kesediaan ahli Umno untuk memberi undi dan memenangkan calon PH daripada DAP yang bakal tercalon sebagai PRN di enam negeri, bulan depan.

Ahmad juga menegaskan, ahli Umno tidak perlu bimbang dengan undi yang bakal diberi kepada calon DAP kerana sekutunya itu akan menggunakan logo PH.

“Calon yang akan bertanding itu bukan atas nama DAP, atas nama Kerajaan Perpaduan, yang bertanding itu atas nama PH, kalau DAP atas nama PH.

“Tapi secara keseluruhannya bersama Kerajaan Perpaduan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat