T20 tak layak nikmati subsidi petrol dan diesel – Ahmad Maslan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selama ini subsidi petrol RON95 dan diesel banyak diberi kepada golongan T20 kerana mereka memiliki kenderaan yang besar dan jumlah kenderaan yang banyak.

Sedangkan menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan, golongan T20 tidak patut menerima lebih banyak subsidi.

Jelas Ahmad, Malaysia terdiri daripada golongan T20, M20 dan B40. Bagaimanapun subsidi petrol RON95 dan diesel banyak diberi kepada golongan T20 kerana mereka memiliki kenderaan yang besar dan lebih banyak jumlah kenderaan.

“Mereka adalah golongan berada tidak patut menerima lebih banyak subsidi.

“Sebab itu pelaksanaan subsidi bersasar perlu dilakukan selain subsidi kepada golongan T20 berkenaan kita boleh gunakan untuk projek pembangunan kerajaan,” katanya pada Jumaat.

Ahmad menegaskan, perkara berkenaan juga boleh digunakan untuk projek pembangunan rakyat yang miskin bagi menoktahkan kadar kemiskinan tegar.

“Golongan T20 tidak memerlukan subsidi berkenaan, tetapi M40 dan B40 adalah golongan yang sepatutnya menerima lebih banyak subsidi berbanding golongan kaya,” kata Ahmad.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata kerajaan dijangka melaksanakan pemberian subsidi bersasar, termasuk untuk petrol RON95 dan diesel, mulai tahun hadapan.

Beliau berkata, langkah berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat dan untuk permulaan, ia hanya membabitkan subsidi diesel.

Susulan itu kata Ahmad, kerajaan kini sedang dalam proses meneliti mekanisme terbaik untuk melaksanakan subsidi bersasar termasuk pemberian subsidi petrol RON95 dan diesel kepada golongan yang sepatutnya mendapat manfaat berkenaan mulai 2024.

Beliau berkata mekanisme berkenaan sudah tentu diteliti oleh pelbagai kementerian termasuk Kementerian Kewangan (MOF).

“Pada masa sama jawatankuasa berkaitan akan terus memperhalusi bagaimana cara atau kaedah terbaik yang perlu dilakukan untuk memberi subsidi kepada golongan sasar.

“Tentunya kerajaan membawa falsafah bahawa subsidi perlu diberikan kepada golongan kurang berkemampuan berbanding golongan orang kaya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat