Malaysia-Rusia kerjasama urus pertanian hadapi perubahan iklim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengalu-alukan kerjasama antara Malaysia dan Rusia dalam sektor pertanian terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pemindahan teknologi pertanian pintar.

Menurut Mohamad, kerjasama ini penting dalam menghadapi kesan perubahan iklim yang bukan sahaja dialami Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Beliau kini menyerati KazanForum 2023 di Republik Tatarstan, Rusia.

Pada sesi awal, Mohamad diberikan taklimat daripada Damate Group mengenai hasrat untuk mengeksport daging ayam belanda ke Malaysia.

Damate Group juga merupakan pembekal daging ayam belanda yang terbesar di Rusia dan Eropah.

Semasa sesi meja bulat antara Malaysia dan Rusia, Mohamad berkongsi mengenai dasar dan cabaran semasa negara dalam bidang pertanian.

Sesi meja bulat ini juga disertai oleh Menteri Pengajian Tinggi dan Duta Besar Rusia di Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat