Kerajaan Cepatkan Pelaksanaan Projek Mesra Rakyat Rancak Pertumbuhan Ekonomi – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi akan menyelaraskan dengan kementerian- kementerian dan agensi-agensi agar kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan projek-projek mesra rakyat di seluruh negara.

Ini sebagai sebahagian dari usaha untuk membantu pertumbuhan ekonomi negara, sementara projek- projek baru yang diluluskan di dalam Belanjawan 2023 mula

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, Kementerian Ekonomi menyambut baik pertumbuhan ekonomi negara bagi suku pertama 2023 yang mencatatkan pertumbuhan 5.6 peratus berbanding suku yang sama tahun lalu.

Jelas beliau, pencapaian ini lebih baik berbanding ramalan penganalisis ekonomi yang meletakkan pertumbuhan sebanyak 4.9 peratus bagi suku tersebut.

“Sementara pertumbuhan ini melebihi jangkaan umum, saya sedia maklum bahawa negara berdepan dengan cabaran-cabaran ekonomi global yang akan terus mempengaruhi permintaan kepada eksport Malaysia, terutamanya dalam suku- suku yang akan datang.

“Mengambil kira cabaran-cabaran ini, kerajaan dan negara perlu mengambil peluang dari momentum pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan ini untuk meneruskan fokus penstrukturan ekonomi, yang akan mengurangkan keterdedahan Malaysia kepada cabaran ekonomi Malaysia pada masa hadapan,” kata Rafizi dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR itu lagi, beberapa langkah penstrukturan ekonomi yang telah berjalan dan akan dipercepatkan ialah penstrukturan sektor tenaga untuk mengalih campuran tenaga elektrik (energy mix) kepada tenaga boleh baharu (TBB).

Ujarnya, kerajaan telah mengumumkan beberapa dasar baharu bulan ini termasuk membenarkan eksport tenaga boleh baharu rentas sempadan danperuntukan awal sebanyak RM50 juta untuk mempercepatkan pemasangan solar di bangunan-bangunan kerajaan.

“Pengumuman seterusnya yang akan dibuat dalam masa terdekat adalah langkah-langkah kerajaan mempermudahkan dan menyebarluaskan penggunaan solar di kediaman domestik untuk menggalakkan lebih banyak isi rumah mempunyai kemudahan solar.

“Ini bertepatan dengan keputusan kerajaan untuk mensasarkan subsidi elektrik agar subsidi elektrik dikekalkan kepada kumpulan B40 dan M40; sementara kumpulan pengguna kediaman dari T20 yang menggunakan elektrik pada kadar yang tinggi akan mula membayar pada tarif yang lebih hampir dengan harga pasaran.

“Pendekatan bersepadu ini, iaitu dengan memudahkan dan menggalakkan pemasangan solar kepada kumpulan isi rumah yang mampu, dijangka akan membantu mengimbangi kesan kenaikan tarif kepada isi rumah berpendapatan tinggi (yang dianggarkan sekitar 10 peratus daripada majoriti isi rumah di Malaysia),” katanya.

Menurut Rafizi lagi, peralihan dasar sosio ekonomi kerajaan dari pendekatan berasaskan pendapatan (B40, M40 dan T20) kepada pendekatan berasaskan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah (household’s net disposable income).

Kata beliau, pengumuman kerajaan mengenai penubuhan Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka akan mempercepatkan peralihan kerajaan untuk membangunkan program dan inisiatif berpandukan kedudukan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat