Sukan SEA: Nur Aisyah Gembira Berjaya Sumbang Pingat Untuk Negara

- Advertisement -

HANOI – Pelumba negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir meraih gangsa dalam acara kriterium wanita, namun harapan emas daripada acara lelaki tidak kesampaian pada Sukan SEA 2021, hari ini.

Aisyah menduduki tempat ketiga di belakang pemenang pingat perak, Nguyen Thi That dari Vietnam dan Jutatip Maneephan dari Thailand yang meraih emas dalam masa 46 minit dan 39 saat.

Kriterium wanita menempuh jarak sejauh 29.6km dengan acara lebuh raya berlangsung di Hoa Binh, yang terletak kira-kira 70km dari Hanoi.

Aisyah menjelaskan bahawa dia gembira apabila berjaya menyumbang kepada jumlah pungutan pingat kontinjen negara.

“Saya bersyukur strategi kami berjaya hari ini dan kami mampu meraih pingat,” kata pelumba berusia 24 tahun itu.

“Sejujurnya kami tidak menjangkakan untuk menamatkan saingan di podium kerana kami berdepan beberapa pelumba yang sangat kuat. Tetapi berkat kerja keras semua pelumba dalam pasukan, kami dapat melakukannya.”

Acara lelaki menyaksikan hampir semua negara lain menentang Malaysia kerana Harrif Saleh adalah pilihan utama untuk memenangi kriterium lelaki. Emas bagaimanapun menjadi milik pelumba tuan rumah, Quang Van Cuong dengan catatan masa 56 minit dan 13 saat.

Sarawut Sirironnachai dari Thailand dan Yeo Boon Kiak dari Singapura pula meraih perak dan gangsa. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,590FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat