PM Hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri BN Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Barisan Nasional (BN) Sabah di The Magellan Sutera Harbour Resort di sini hari ini.

Rumah terbuka yang dihoskan oleh Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Hadir sama adalah pemimpin parti tempatan antaranya Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee.

Turut hadir ialah Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman, Presiden parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony, dan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Perdana Menteri yang mengenakan baju melayu berwarna biru firus tiba di The Magellan Sutera Resort kira-kira pukul 4 petang bersama pemimpin-pemimpin Sabah.

Lebih 3,000 tetamu, termasuk pemimpin parti-parti tempatan serta parti komponen BN turut memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri itu, selepas dua tahun majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri peringkat negeri tidak diadakan berikutan pandemik COVID-19.

Para tetamu dan jemputan juga dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi tempatan iaitu pemenang Big Stage Elica Paujin, buskers Masmona, Qhalisya dan Nur Fazz.

Ismail Sabri juga tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan para tetamu yang hadir dalam majlis yang berlangsung selama hampir dua jam itu. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat