Ismail Sabri Komited Teruskan Jihad Perangi ‘Orang Tengah’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan beliau komited meneruskan jihad memerangi ‘orang tengah’ yang telah dimulakan beliau sewaktu menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2014.

Tegas beliau, diharapkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) memperjuangkan jihad yang dirintisnya sekali gus meneruskan momentum kejayaannya dalam pembangunan peladang dan industri pertanian negara.

“Jihad memerangi orang tengah’ dimulakan semasa saya menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada tahun 2014.

“Harapan saya adalah untuk NAFAS meneruskan jihad ini, dan meneruskan momentum kejayaannya dalam pembangunan peladang dan industri pertanian negara,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan pada Khamis.

Kata beliau, kerajaan mengambil tindakan segera berhubung isu kos sara hidup yang meningkat di Malaysia.

“Beberapa keputusan dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang membolehkan semua pihak mengimport bahan asas makanan.

“Saya menggesa agar budaya ‘orang tengah’ dalam sektor pertanian dan rangkaian bekalan makanan dihapuskan bagi mengawal kos sara hidup yang meningkat akibat inflasi,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat