Stacy menangis rakam single Peluk

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sukar dimengertikan air mata penyanyi Stacy mudah benar mengalir tatkala merakamkan single terbaharu berjudul Peluk bergenre balada.

Selepas sembilan tahun tidak merakamkan lagu bergenre balada, kali terakhir menerusi Pelangi Senja yang dirakamkan ketika masih belum berumah tangga, penyanyi berusia 31 tahun itu mendedahkan, penghayatannya cukup berbeza ketika merakamkan single Peluk.

Single Peluk yang diterbitkan Nova Music ciptaan Stacy yang menggunakan nama pena, Bunga Cantik, manakala liriknya pula Hang Nadim yang juga suaminya, Akim Ahmad.

“Tak dinafikan, menyanyikan lagu ciptaan komposer lain dengan lagu sendiri memang mempunyai banyak perbezaan kerana ia memberikan penghayatan berbeza. Saya menyanyikan single Peluk dari jiwa hingga membuatkan saya menangis.

“Akim memberikan tunjuk ajar dalam menyelami bidang penulisan lagu. Apabila saya memulakan rakaman dan meletakkan penghayatan dalam lagu ini, barulah saya dapat merasakan jiwa lagu ini. Pendek kata, single Peluk cukup dekat dengan karakter saya,” katanya kepada BH Online.

Menyifatkan single Peluk cukup istimewa kerana menyaksikan hasil sentuhannya, lebih istimewa apabila berkolaborasi bersama suaminya.

Stacy atau atau nama sebenarnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam berkata, dia sangat gementar kerana agak lama tidak merakamkan lagu bergenre balada.

“Sejujurnya, saya jadi gementar apabila lama tidak menyanyikan lagu berentak perlahan. Perasaan saya sangat berbeza ketika merakamkan single Pelangi Senja yang ketika itu saya masih bujang.

“Tetapi, saya mudah mendapat penghayatan mungkin kerana single Peluk ditulis saya sendiri. Sebaik mendengarkan sahaja melodi, tanpa disedari saya menangis kerana berasakan sangat dekat dengan jiwa.

“Single Peluk adalah hadiah buat peminat yang sudah lama menantikan kemunculan saya menerusi lagu balada. Lagipun, apa salahnya saya bertukar genre, apatah lagi, ini projek bersama Nova Music. Jadi tiada sebab untuk saya menolaknya, lagi pun peminat sudah lama merindukan lagu balada daripada saya,” katanya.

 

Single Peluk adalah hadiah buat peminat yang sudah lama menantikan kemunculan Stacy menerusi lagu balada. - Foto Nova Music
Single Peluk adalah hadiah buat peminat yang sudah lama menantikan kemunculan Stacy menerusi lagu balada. – Foto Nova Music

 

Selain menganggap single Peluk sesuatu yang istimewa, karya itu juga memberikan cabaran tersendiri buat Stacy.

Katanya, dia perlu memahami lirik dan melodi ketika rakaman. Malah, lirik single Peluk turut melalui proses pertukaran pada saat akhir.

“Saya akui, proses rakamannya antara lagu paling lama pernah dirakamkan. Ia mengambil masa antara empat hingga lima jam untuk disiapkan, sedangkan kebiasaannya, saya hanya memerlukan masa sekitar dua jam sahaja.

“Tambah menarik, single Peluk dilancarkan serentak dengan single Bayang nyanyian Akim. Jumlah tontonan dua video lirik rasmi yang dimuat naik di saluran YouTube Nova Music Videos juga saling bersaing.

“Ini kali pertama saya dan Akim mengeluarkan lagu serentak. Akim pula selepas lima tahun bersama Akim & The Majistret baru muncul dengan single solo, manakala saya kembali menyanyikan lagu genre balada.

“Apa yang boleh dikatakan, beza dan istimewanya single Peluk kepada saya kerana inilah kali pertama saya menyanyikan lagu bergenre balada ‘feel’ yang mendalam,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat