Tabik buat Laksamana Maritim, Datuk Hamid Mohd Amin

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

PUTRAJAYA – Selepas menabur bakti dan jasa selama 42 tahun dalam menjaga keselamatan perairan negara, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin bersara wajib berkuatkuasa pada Jumaat.

Menurut Unit Komunikasi Korporat APMM dalam satu kenyataannya berkata, satu acara ‘street lining’ telah diadakan sempena menghargai jasanya sebagai KP APMM, di sini pada Khamis.

Sejak memegang jawatan KP APMM pada 6 November lalu, beliau telah meletakkan teras utama dengan memfokuskan kepada integriti, operasi, ilmu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada seluruh warga agensi ini.

Menurut kenyataan itu, Hamid telah melaksanakan beberapa inisiatif dan melakarkan kejayaan melalui peningkatan operasi agensi itu khususnya di sempadan perairan negara.

Antaranya menguruskan beberapa aset baharu iaitu empat buah helikopter ‘medium lift’, sebuah kapal ‘Multi-Purpose Mission Ship’, dua buah New Generation Petrol Craft (NGPC) dan dua buah bot pemintas Pasukan Tindakan Khas (PTK).

Selain itu, lima buah bot pemintas ‘Rigid Hull Fenders Boat’ (RHFB) dan Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) dari ‘US Coast Guard.

Bukan itu sahaja, beliau berhasil memastikan OPV1 yang dinamakan sebagai Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah berjaya disiapkan dan telah beroperasi di perairan Sarawak pada awal tahun ini.

Menurut kenyataan itu lagi, beliau turut meluncurkan Pelan Strategik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2023 – 2033, bakal dijadikan landasan APMM mencapai status sebagai Pusat Kecemerlangan Serantau dalam Penguatkuasaan Maritim dan Carilamat atau Bantuan Bencana.

Kejayaan itu adalah antara usaha berpasukan yang telah digembelingkan oleh beliau ketika memegang jawatan Laksamana Maritim.

“Seluruh warga APMM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih serta keringat yang dicurahkan dalam dunia maritim sepanjang beliau menerajui agensi ini.

“Semoga beliau sentiasa dalam lindungan Allah SWT bersama keluarga tersayang,” tambah kenyataan itu lagi. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat