Simpanan air mentah Empangan Sembrong Barat & Empangan Malut, paras bahaya – SPAN

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Berikutan cuaca panas yang melanda di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah memaklumkan sehingga 18 April 2024, dua empangan menunjukkan penyusutan baki stok simpanan semasa air mentah dan berada pada paras bahaya

Antaranya Empangan Sembrong Barat (28.90%) di Johor dan Empangan Malut (29.00%) di Kedah.

Beliau berkata, empat empangan lain telah menunjukkan stok bekalan air berada pada paras Amaran, iaitu Empangan Air Hitam (30.30%) di Pulau Pinang; Empangan Muda (36.13%), Empangan BS Padang Saga (38.54%) di Kedah dan Empangan Timah Tasoh (50.19 %) di Perlis.

“Untuk rujukan, baki storan 29.99 % dan ke bawah (Bahaya), 30 hingga 59.99% (Amaran) serta 60 % dan ke atas (Normal),” kata kenyataan itu. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat