KPKM sahkan beras dibuang Ismail dah rosak, tak selamat dimakan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengesahkan beras-beras yang dibuang oleh bekas ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said sudah rosak dan tidak sesuai dan tidak selamat untuk dimakan.

Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamed Sabu berkata, siasatan itu telah dijalankan oleh Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Cawangan Temerloh ke lapangan dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur – Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh, Pahang.

“Berdasarkan penemuan awal, pihak KPB Cawangan Temerloh mendapati bahawa beras-beras tersebut telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.

“Oleh itu, KPKM menasihatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai isu ini memandangkan perkara ini masih dalam siasatan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras, 1994 [Akta 522].

“Untuk makluman semua pihak, sebarang aktiviti pelupusan beras hendaklah merujuk kepada Kawalselia Padi dan Beras (KPB), KPKM,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebarang maklumat lanjut atau aduan berhubung isu ini, sila kemukakan aduan secara rasmi bersama butiran dan maklumat yang lengkap melalui saluran berikut:
Kawalselia Padi dan Beras (KPB),
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)
i. Portal Aduan KPB: https://skpb.kpkm.gov.my/adu
ii. E-mel Rasmi : [email protected]
iii. Hotline Ibu Pejabat KPB Putrajaya: 03-88701751/1748/1183

Sebelum itu, Ismail mengakui membuang beras-beras berkenaan dan akan menggalas tanggungjawab penuh serta sangat menyesali perbuatan tersebut.

Beliau malah memohon maaf kepada semua pihak atas kekhilafan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat