Kampung orang asli Negeri Sembilan juara Anugerah WSIS 2024

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Program Advokasi dan Jangkauan untuk Kampung Orang Asli Negeri Sembilan telah dinobatkan sebagai juara bagi Anugerah World Summit On The Information Society Prizes 2024 (WSIS 2024).

Ia merupakan Inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan, Jabatan Penyiaran dan Jabatan Penerangan Negeri Sembilan.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini berkata, anugerah berkenaan dimenangi bagi 5 Action Lines Kategori 5 iaitu Membina Keyakinan dan Keselamatan dalam Penggunaan ICT.

“Kejayaan inisiatif MCMC meraih Anugerah WSIS membuktikan pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadap projek yang telah dibangunkan oleh MCMC dalam memperkasakan keterangkuman digital dalam kalangan masyarakat Orang Asli melalui penyediaan akses ICT serta keselamatan dan literasi digital.

“Program ini yang telah bermula sejak tahun 2023 memberi fokus kepada golongan sasar iaitu kanak-kanak, remaja dan ibu bapa dalam kalangan Masyarakat Orang Asli terhadap amalan terbaik melayari Internet,” katanya.

WSIS Prizes adalah satu pertandingan antarabangsa yang dibangunkan bagi menilai dan mengiktiraf projek cemerlang dalam melaksanakan strategi berorientasikan pembangunan yang memanfaatkan ICT sebagai pemangkin kepada pembangunan.

Anugerah WSIS akan disampaikan pada Majlis Anugerah WSIS Prizes 2024 yang akan dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) di Geneva, Switzerland pada 30 Mei 2024 depan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat