“Kami ada identiti sendiri”

- Advertisement -

PEROSAK industri, budak belum akil baligh dan berkiblatkan kumpulan BTS dari Korea Selatan. Itu antara kecaman diterima kumpulan remaja, Da Uknown sekaligus membuatkan mereka terasa hati dengan komen melampau yang diberikan netizen di media sosial.

Kumpulan yang dianggotai oleh Muhammad Shazrul Affandy (Momo), 20; Adam Hafidh (MaryHaf), 20; Izmeer Ibrahim (Izmeer), 19; Ameer Nor Azam (Ameer), 19; dan Awangku Zaq Amirul (Zaq), 18, itu bagaimanapun memilih untuk tidak memberikan reaksi balas terhadap apa yang dilontarkan.

Sebaliknya mereka yang popular dengan lagu Jangan Marah (Baby Sayang) itu bersikap terbuka seterusnya cuba memperbaiki setiap kelemahan yang ada.

Zaq mewakili Da Unknown berkata, perkara sebegitu terutama apa yang berlaku di media sosial sesuatu yang tidak boleh dijangka dan elak.

“Bagi saya, ia sesuatu yang tidak dapat dielak. Walau ada yang beri komen membina dan positif, tapi tidak dinafikan ada juga kritikan yang keterlaluan.

“Sebagai contoh, ada yang komen kata kami budak belum akil baligh. Kebetulan saya pula yang paling muda dalam kumpulan ini,” katanya.

Sementara itu bagi Momo, komen lain yang paling diingatinya ialah apabila mereka dituduh cuba meniru K-Pop.

 

DA Unknown akan teruskan hasilkan lagu berkualiti.
DA Unknown akan teruskan hasilkan lagu berkualiti.

 

“Ada juga yang cakap kami perosak industri selain kononnya kami ‘berkiblatkan’ BTS memandangkan kami menampilkan lima orang sebagai ahli kumpulan.

“Memanglah terasa, siapa tak terasa kan bila dikritik sebegitu. Kami berusaha dan keluarkan lagu-lagu yang terbaik, tetapi orang beri kritikan yang menjatuhkan, ibarat usaha kami sia-sia.

“Mengenai BTS, kami tak tiru langsung. Kami mempunyai identiti sendiri. Kebanyakan kritikan sedemikian, kami tidaklah komen balik. Hanya diam dan kami hanya membiarkan sahaja. Apa pun, saya dan rakan lain akan cuba memperbaiki diri seterusnya terus berikan kualiti kerja yang lebih baik di masa akan datang,” katanya.

Ditanya mengenai populariti lagu yang lebih dikenali berbanding mereka sebagai penyanyi, Zaq mengakui perkara itu.

“Lagu Jangan Marah (Baby Sayang) mulanya tular di TikTok. Alhamdulillah, kami anggap itu satu permulaan yang baik meskipun masih ada yang tidak mengenali kami sepenuhnya.

“Kami jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha kuat dan menghasilkan lagu yang baik. Kini kami tampil dengan lagu Tersakiti. Setakat ini, maklum balas yang diterima sangat positif,” katanya.

Terbaharu, Da Unknown muncul menerusi lagu raya, OOTD Raya yang dinyanyikan bersama artis lain dari syarikat pengurusan Ace Talent iaitu Moleque, Cikidot, Aliff Idham dan Al Farabi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat