12 Premis Melakukan Aktiviti Haram Dan Pelanggaran Undang-Undang Diserbu – Jalaluddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melakukan satu operasi bersepadu menyerbu 12 buah premis yang melakukan aktiviti haram dan pelanggaran undang-undang.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, serbuan dibuat setelah menerima aduan orang ramai.

Dalam operasi bersepadu tersebut sebanyak 12 buah premis dibuat semakan di tiga (3) lokaliti sekitar Kuala Lumpur. Hasil siasatan terperinci, pasukan operasi telah mengambil tindakan menutup serta-merta operasi bagi tiga (3) buah premis di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 kerana menjalankan aktiviti hiburan (muzik) tanpa lesen.

“Kementerian Wilayah Persekutuan sentiasa cakna terhadap pandangan dan aduan orang awam, terutama yang melibatkan aktiviti haram dan pelanggaran undang-undang di Kuala Lumpur.

“Untuk memastikan setiap aduan dan pandangan awam disantuni dengan sehabis baik, saya telah turut serta dalam satu operasi bersepadu yang diselaraskan oleh Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama agensi sahabat. Operasi yang dijalankan pada 17 April 2022 (Ahad) itu turut melibatkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Dalam operasi bersepadu tersebut sebanyak 12 buah premis dibuat semakan di tiga (3) lokaliti sekitar Kuala Lumpur. Hasil siasatan terperinci, pasukan operasi telah mengambil tindakan menutup serta-merta operasi bagi tiga (3) buah premis di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 kerana menjalankan aktiviti hiburan (muzik) tanpa lesen.” Kata beliau melalui kenyataan medianya.

Selain itu, jelas Jalaluddin lagi, sebanyak 10 barangan perniagaan berkaitan aktiviti hiburan seperti alat pembesar suara, pengadun bunyi/audio dan alat kawalan konsol Disk Jockey turut disita.

Kesemua premis yang dikenakan tindakan penguatkuasaan didapati telah melanggar syarat lesen yang dikeluarkan oleh DBKL, iaitu menjalankan perniagaan makanan dan minuman tanpa sebarang aktiviti hiburan.

“Saya ingin memberi amaran kepada pemegang-pemegang lesen supaya jangan terlalu mengambil mudah terhadap isu pelanggaran syarat lesen, kerana sebarang pelanggaran terhadapnya akan dibawa ke jawatankuasa dan pembatalan lesen perniagaan boleh dikenakan kepada pemilik premis tanpa prejudis.

“Pada masa yang sama, saya telah mengarahkan pihak Jabatan Penguatkuasaan, DBKL untuk membuat proses pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap setiap premis hiburan di Kuala Lumpur secara konsisten dari semasa ke semasa.

“Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran syarat oleh pemegang-pemegang lesen ini, saya meminta Jabatan Penguatkuasaan, DBKL dan agensi-agensi sahabat untuk terus mengambil tindakan berlandaskan undang-undang sedia ada secara tegas, telus dan konsisten. Untuk makluman awam, sepanjang tahun 2021 sehingga Mac 2022, DBKL telah menutup 271 buah premis kerana melakukan pelbagai kesalahan.” tegas beliau.

Tegasnya lagi, serbuan premis yang melakukan aktiviti haram dan pelanggaran undang-undang akan dipertingkatkan melalui bidang kuasa yang ada di bawah DBKL.

Perkara ini menarik perhatian saya secara serius untuk terus memastikan proses penguatkuasaan lebih menyeluruh dan bersepadu wajar digerakkan tanpa mengira musim atau situasi, katanya.

Berikut merupakan kuasa yang telah diperwakilkan bagi melaksanakan tindakan terhadap pusat-pusat hiburan yang melanggar undang-undang:
• Seksyen 17 – Akta Hiburan (WPKL) 1992 : Kuasa Menutup Premis
• Seksyen 18 – Akta Hiburan (WPKL) 1992 : Kuasa Meminta Nama dan alamat
• Seksyen 19 – Akta Hiburan (WPKL) 1992 : Kuasa Menangkap
• Seksyen 20 – Akta Hiburan (WPKL) 1992 : Kuasa Menggeledah Premis
• Seksyen 21 – Akta Hiburan (WPKL) 1992 : Kuasa Menyita
• Seksyen 101 – Akta Kerajaan Tempatan 1976 : Kuasa Tambahan Pihak Berkuasa Tempatan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat