Tak mustahil perlu dos ketiga – KJ

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menolak kemungkinan keperluan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 selepas setahun suntikan kedua diambil.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagaimanapun berkata, setakat ini tiada sebarang data berkenaan keperluan dos ketiga, namun Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin (JKJAV) akan merancang untuk tempoh jangka panjang kemungkinan perlunya vaksin dos ketiga pada masa hadapan.

“Bagi dos ketiga, kita belum tahu lagi sebab itu hanya pandangan pihak Pfizer, mungkin perlu ada ‘booster’ dos ketiga.

“Namun setakat ini kita tiada sebarang data berkenaan keperluan dos ketiga itu, namun KKM dan JKJAV akan merancang untuk tempoh jangka panjang jika ada kemungkinan vaksin ini diperlukan untuk tahun-tahun akan datang. Kita belum tahu lagi,” katanya memetik FMT.

Khairy berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, mengenai perkembangan program vaksinasi.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Operasi Pfizer, Albert Bourla berkata, suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 mungkin diperlukan dalam tempoh setahun selepas menjalani inokulasi.

Pfizer pada awal bulan ini menerbitkan satu kajian mengatakan suntikan vaksin itu berkesan sehingga 91 peratus untuk melindungi penerimanya daripada virus.

Ia juga 95 peratus berkesan dalam mengatasi komplikasi teruk akibat Covid-19 sehingga enam bulan selepas suntikan kedua dilakukan, namun memerlukan kajian lebih lanjut.

Vaksin Pfizer, yang dibangunkan dengan kerjasama BioNTech, ketika ini memainkan peranan utama dalam kempen vaksinasi di seluruh dunia.

Syarikat farmaseutikal gergasi itu pada Februari lalu mengumumkan ia sedang menguji dos ketiga vaksin itu bagi menambah keberkesanannya melawan varian baharu virus.

Mengenai keputusan kerajaan berhubung penggunaan vaksin AstraZeneca, Khairy yang juga menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata, ia akan diputuskan dalam mesyuarat JKJAV Khamis ini.

Sementara itu, mengenai kumpulan sukarelawan kajian klinikal fasa 3 vaksin buatan Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences, China (IMBCAMS), Adham berkata, 3,000 sukarelawan yang sudah disuntik dengan vaksin berkenaan tidak perlu divaksin dengan mana-mana vaksin Covid-19 kerana mereka adalah golongan yang terlindung.

“Ujian ini khusus untuk mereka dan kajian ini berlangsung selama 13 bulan. Jadi kita nasihatkan mereka perlu amalkan kawalan kendiri dengan mengutamakan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka,” katanya.

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Kelulusan Rentas Negeri Akan Lebih Ketat, Cegah Salah Guna – KPN

PETALING JAYA - Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu. Ketua Polis Negara,...

Rekod Tertinggi 47 Kematian, 4,865 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, berbanding 45 kes...