Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail berkata, tindakan itu tidak selaras dengan Bangsa Johor yang memupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti untuk semua rakyat Johor.

“Saya telah bertitah kepada pengetua sekolah dan JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) Johor, bahawa kejadian ini tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di negeri Johor,” katanya di Facebook.

Tunku Ismail hari ini menerima mengadap Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Bentara Luar, Abdul Razak Hamid, Pegawai Daerah Batu Pahat, Ismail Abu dan Timbalan Pengarah JPN yang memangku tugas Pengarah JPN negeri, Sahilon Abd Halim.

Tunku Ismail berkata, sekolah adalah tempat untuk memupuk semangat perpaduan antara rakyat Johor, bukan untuk memecahbelahkan masyarakat.

“Kejadian ini perlu dielakkan untuk mengekalkan kesejahteraan awam dan perpaduan rakyat,” katanya.

Semalam, Tunku Ismail mahu menemui pengurusan SMK Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat, selepas pengetuanya memohon maaf kerana melaksanakan dasar pengasingan kaum untuk aktiviti kokurikulum pelajar.

Tunku Ismail membayangkan isu itu selesai susulan permohonan maaf oleh pengurusan sekolah berkenaan semalam.

Jumaat lalu, tular di media sosial satu surat dikeluarkan sebuah sekolah menengah di Batu Pahat yang meletakkan syarat kaum bagi pendaftaran kokurikulum pelajar tingkatan satu.

Rata-rata warganet mengecam dan tidak bersetuju dengan tindakan sekolah yang meletakkan syarat kaum terhadap jenis sukan yang perlu dipilih pelajar ketika mendaftar dalam talian.

Berdasarkan kandungan surat itu, seorang pelajar hanya dibenarkan memilih satu jenis sukan sahaja daripada 12 yang ditawarkan.

Bagaimanapun, beberapa sukan hanya ditawarkan buat kaum tertentu, misalnya bola sepak untuk pelajar lelaki Melayu sahaja, bola keranjang untuk pelajar lelaki dan perempuan Cina sahaja, manakala sepak takraw bagi pelajar lelaki Melayu sahaja.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat