Ahmad Zahid Puji OKU Jahit PPE Guna Kaki

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kebolehan seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) menjahit pakai perlindungan diri (PPE) mendapat perhatian Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Zahid di laman Facebooknya, “Amat membanggakan melihat kesungguhan Norfarrah Syahirah Shaari walaupun dilahirkan tanpa kedua-dua tangan, OKU ini turut membantu dengan menjahit PPE untuk disumbangkan kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus “berperang” dengan COVID-19″.

Wanita berkenaan yang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan, menggunakan kaki untuk menghasilkan gaun isolasi yang akan diserahkan kepada petugas klinik kesihatan dan Hospital Teluk Intan.

Berita mengenai kebolehan luarbiasa wanita berkenaan turut mendapat perhatian beberapa media utama negara seperti Berita Harian. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,585FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat