KUALA LUMPUR – Pemuda Umno tidak terkesan dengan sebarang tekanan daripada MCA dan DAP dalam meneruskan usaha memboikot rangkaian kedai serbaneka KK Mart.
Ketuanya, Dr Akmal Saleh sebaliknya menegaskan, gerakan memboikot KK Mart diteruskan tanpa ragu-ragu kerana ia pengajaran keras kepada semua pihak yang sengaja memperlekehkan umat dan agama Islam.
“Kekal tenang dan teruskan memboikot!!
“Lagi kuat kamu minta kawan kamu ‘back up’ untuk tidak diboikot,lagi kuat umat Islam akan boikot kamu!
“Teruskan memboikot,kita bagi pengajaran keras kepada semua pihak yang suka-suka nak memperlekehkan isu agama dan bangsa. Ini masa kita semua bersama,” seru beliau.
Malah Dr Akmal menempelak Ketua Whip Parlimen DAP, Nga Kor Ming yang menganggap ketegasan Ketua Pemuda Umno itu bersifat hasutan.
“Jika kamu kata mempertahankan kalimah Allah ini dengan memboikot KK Mart adalah hasutan, bring it on bro. Sedikit pun tidak gentar.
“Umno ini prinsipnya mempertahankan Islam,Bumiputera dan Raja-raja melayu dan tidak pernah berubah dari dulu kini dan Insya-Allah selamanya.
“Itulah yang Pemuda Umno pegang sampai mati,” tegas Dr Akmal.
Kor Ming sebelum itu berkata, reaksi Akmal adalah memudaratkan dan mungkin akan memberikan kesan kepada Umno.