Isu stoking: Pemuda UMNO Pahang buat laporan polis

- Advertisement -

KUANTAN: Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang telah membuat laporan polis berhubung isu penjualan stoking yang tertera nama Allah  di KK Mart di Bandar Sunway baru-baru ini.

Menurut Ketua Penerangannya, Mustaqim Zakaria, Pemuda UMNO Pahang senada dengan apa yang disuarakan oleh Ketua Pergerakan UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh untuk mendesak KK Mart menaikkan banner memohon maaf di setiap cawangan mereka di seluruh negara.

”Satu laporan polis telah dibuat di IPD Kuantan oleh saudara Mustaqim Zakaria, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Pahang mewakili semua Pergerakan Pemuda Bahagian dalam negeri ini berhubung penjualan stoking kaki yang tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart.

”Kami senada dengan apa yang disuarakan oleh YB Dr Akmal Saleh, Ketua Pemuda UMNO Malaysia untuk mendesak KK Mart menaikkan banner memohon maaf di setiap 881 cawangan mereka dalam tempoh 2 hari,” kata kenyataan Pemuda UMNO Pahang menerusi Facebook, malam ini.

Kata Mustaqim lagi, laporan ini dilakukan sebagai jihad kecil untuk mempertahankan maruah agama Islam.

”Ini jihad kecil kami untuk pertahankan maruah agama kami dari dipijak oleh mereka yang sengaja mencetuskan kemarahan umat islam dalam negara tercinta ini,” ujar  beliau.

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh berkata, sebanyak 13 laporan polis telah dibuat di setiap negeri berhubung perjualan stoking tertera nama Allah di KK Mart.

Kata Dr Akmal, dalam laporan tersebut menggesa pihak polis menyiasat di bawah Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan dan diberikan hukuman yang sekerasnya.

Ujarnya lagi, seluruh rakyat Malaysia menunggu hasil siasatan dari laporan ini.-SUARATV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat