Allah kalimah suci paling tinggi, TMJ gesa tindakan tegas diambil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berkenaan isu kalimah Allah yang tertera pada stoking di pasaran rangkaian kedai serbaneka KK Mart.

Tunku Ismail malah berharap tindakan tegas itu adalah satu bentuk pengajaran agar perkara sedemikian tidak akan berulang pada masa depan.

“Kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.

“Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.

“Isu ini tidak boleh dipandang remeh,” tegas Tunku Ismail di aplikasi X pada Selasa.

Pemangku Sultan Johor itu menegaskan bahawa baginda memandang isu serius isu berkenaan.

“Saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak menganggu gugat keharmonian negara,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat