Orang tengah atur kerjasama UMNO- PH lebih teruk daripada pembocor rahsia MKT

KUALA LUMPUR- Sikap pemimpin UMNO yang berunding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan lebih teruk berbanding individu yang dikatakan membocorkan maklumat mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti di Janda Baik baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Mohd Zain Yasim berkata, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya mendedahkan dalang yang mengadakan rundingan berkenaan kerana ia jelas melanggar prinsip parti, ‘No Anwar, No DAP’.

Memetik Astro Awani, beliau mendakwa, tindakan Presiden UMNO itu mendedahkan, parti mengenal pasti dua MKT yang terbabit membocorkan maklumat mesyuarat, adalah langkah mengaburi mata ahli parti selepas isu beliau dikatakan menandatangani surat persetujuan kerjasama Anwar dan DAP tular baru-baru ini.

“Dari segi ketetapan, mungkin MT tahu di dalam (siapa dalang). Tetapi hakikat sebenarnya kecelaruan ini sukar dibendung.

“Kalau tanya kita pemimpin baharu, kita tidak hendak benda itu (kerjasama UMNO bersama Anwar dan DAP). Bukan mudah kita hendak yakinkan masyarakat akar umbi nak bersama dengan Anwar dan DAP. Kita sebagai orang Melayu pun alergik dengan mereka.

“Lagipun kalau PRU15 (Pilihanraya Umum ke-15) dalam masa terdekat tidak boleh buat apa dah, lagi merosakkan (UMNO) adalah kalau kita dikaitkan dengan DAP,” katanya.

Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, UMNO sudah mengenal pasti dua ahli MT yang didakwa sering membocorkan maklumat mesyuarat parti.

Beliau yang mendedahkan perkara itu turut dilaporkan berang dengan tindakan dua ahli MT berkenaan dan berjanji akan mengambil tindakan tegas termasuk memecat mereka.

Dalam pada itu, Mohd Zain tidak menafikan kemungkinan mereka yang terlibat adalah orang-orang yang mempunyai kepentingan demi menguntungkan diri sendiri tanpa meletakkan keutamaan parti.

“Sepatutnya (Presiden yang mendedahkan perkara ini), tetapi saya rasa beliau tidak akan buat begitu kerana takut benda lain pula akan terbuka.

“Saya mengutarakan pandangan ini berasaskan pengalaman dan matlamat untuk kepentingan Melayu Islam,” ujarnya.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan baru-baru ini mendakwa tidak tahu-menahu wujudnya perbincangan antara parti itu bersama PKR bagi membentuk jalinan kerjasama baharu pada PRU15 nanti.

Malah ujarnya, beliau tidak dimaklumkan mengenai sebarang pertemuan bagi membincangkan isu berkenaan.

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...

Tak mustahil perlu dos ketiga – KJ

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan keperluan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 selepas setahun suntikan kedua diambil. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin...

Microsoft memberi komitmen untuk melabur RM4 bilion di Malaysia. Microsoft bakal wujudkan pusat data di Malaysia – PM

PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan komitmen Microsoft Corp. untuk memperkasa ekonomi digital terangkum Malaysia di bawah inisiatif Bersama Malaysia melibatkan jumlah pelaburan RM4 bilion dalam tempoh...