PKR ditinggal kerana hilang arah tuju, Anwar yang tak terima hakikat – Zuraida

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak boleh menerima kenyataan bahawa parti PKR yang dipimpinnya sudah hilang arah tuju membuatkan ahli Parlimen parti itu meninggalkannya dan memilih menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN),” kata Datuk Zuraida Kamaruddin.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu itu menyifatkan dakwaan Presiden PKR berkenaan berhubung ugutan dan tawaran yang diterima ahli Parlimen PKR untuk menyokong PN sebagai tindakan “terdesak”.

Memetik Malaysiakini Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mendakwa, Anwar seakan menafikan alasan sebenar di sebalik tindakan ahli Parlimen PKR yang berpaling tadah dan kini menyokong pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya ingat dakwaan itu seorang yang desperate (terdesak).

“Dan (Anwar) yang sudah hilang hala tuju kerana tidak dapat terima kenyataan bahawa ahli Parlimen yang lompat dan sokong PN sudah menyedari kelemahan-kelemahan yang dipamerkannya apabila beliau kata ada jumlah (majoriti) tetapi tidak benar,” kata Zuraida yang merupakan bekas ketua sayap Wanita PKR.

Zuraida mengulas demikian susulan kenyataan Ketua Pembangkang itu pada Selasa lalu, yang berkata sekurang-kurangnya empat wakil rakyat partinya, selain Anggota Parlimen Sekijang Natrah Ismail mendedahkan bahawa mereka menerima tawaran untuk melompat parti.

Susulan hal tersebut, Anwar berkata beliau akan mengaturkan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berhubung dakwaan terbabit.

Sementara itu, Zuraida menambah, kejayaan PN untuk menangani wabak Covid-19 menjadi antara sebab beberapa ahli parlimen berpaling tadah.

“Kepercayaan mereka telah luntur, itu yang buatkan mereka ubah hala tuju sokong PN berdasarkan prestasi PN dalam menangani masalah Covid-19 dengan berjayanya.

“Jadi Anwar Ibrahim janganlah terdesak tuduh itu ini,” kata Zuraida.

Pada 13 Mac lalu, Anggota Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr A Xavier Jayakumar mengumumkan keluar PKR untuk menjadi penyokong PN.

Ia berlaku selepas dua ahli parlimen lain dari PKR – Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) – mengambil langkah sama sebelum itu.

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

PKPD Di Empat Kawasan Di Sabah, Kelantan dan Pahang Bermula Esok

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Taman Tawau Lama dan Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah; Kolej Tahfiz Sains Nurul...

Ahmad Zahid tidak muncul majlis angkat sumpah

CYBERJAYA : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak muncul dalam majlis angkat sumpah yang dianjurkan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya,...