1,576 Jangkitan Baru Covid-19, Dua Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,576 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 330,042 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 407 kes, diikuti Selangor (348 kes) dan Pulau Pinang (182 kes).

Sementara itu, Perlis menjadi satu-satunya negeri yang merekodkan sifar kes harian dalam tempoh 24 jam.

Katanya, sehingga kini sebanyak 14,360 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dilaporkan dan daripada jumlah itu 151 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 57 kes masih memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Kes baharu hari ini membabitkan 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sehingga pukul 12 tengah hari ini terdapat dua kes kematian atau 0.37 peratus dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian disebabkan oleh COVID-19 sebanyak 1,225 kes,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 1,996 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sudah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah 314,457 kes atau 95.28 peratus. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat