Takut Pengundi Melayu? AMK PKR Persoal Motif MUDA Mahu Tanding Kerusi Bandar

- Advertisement -

CYBERJAYA – Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Johor mempertikai tindakan dan motif parti MUDA yang memilih bertanding dalam kawasan bandar yang dianggap kerusi selamat dan pasti menang bagi Pakatan Harapan (PH).

Memetik laporan FMT, Ketua AMK Johor R Yuneswaran berkata, tindakan MUDA menolak tawaran PKR supaya bertanding di kerusi lain dilihat seolah-olah parti serpihan Bersatu itu takut meletakkan calonnya di kawasan majoriti pengundi Melayu.

R Yuneswaran berkata, PKR sebelum ini telah membuka ruang luas kepada MUDA dalam membuat rundingan dua hala pilihan raya negeri (PRN) Johor, namun gagal mencapai kata sepakat.

“Dalam perbincangan yang diadakan bersama MUDA, parti telah menawarkan tiga kerusi kepada mereka namun mereka tolak ketiga-tiga kerusi dan sebaliknya minta tiga kerusi yang lain.

“Adakah MUDA hanya mewakili suara rakyat bandar sahaja? Bagaimana pula kawasan luar bandar?

“Kenapa MUDA tidak mahu bertanding di kawasan yang mempunyai pengundi Melayu melebihi 78%? Apakah mereka takut pengundi Melayu akan tolak mereka dalam PRN Johor?” katanya.

Menurut pemimpin AMK itu lagi, sekiranya parti MUDA mengangkat atau mewakili suara dan aspirasi rakyat, maka parti itu harus membuktikan mereka mempunyai sokongan di semua kawasan termasuk dari pelbagai latar masyarakat khususnya di luar bandar.

Terdahulu Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam dilapor mengumumkan rundingan pengagihan kerusi dengan PKR tamat tanpa persetujuan susulan langkah parti itu mengumumkan 20 calonnya secara bersendirian.

Ahli Parlimen Muar itu juga membayangkan kemungkinan berlakunya risiko pertindihan kerusi di Johor antara dua parti itu, kata laporan itu.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat