Yayasan Bank Rakyat Sumbang RM570,000 Bantuan Persekolahan Di Johor

- Advertisement -

CYBERJAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan persekolahan bernilai RM570,000 kepada murid sekolah rendah dan menengah terutama dari kalangan keluarga B40 di 26 lokasi dalam negeri Johor sempena dengan pembukaan semula sesi persekolahan pada bulan Mac akan datang.

Pengerusi YBR, Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin berkata, bantuan itu melibatkan seramai 5,700 murid sekolah rendah dan menengah di negeri itu.

“Sumbangan ini juga diharapkan dapat membantu mereka terutamanya yang berada dikalangan keluarga B40 bagi meringankan urusan kewangan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan bagi pembelian set baju, kasut dan stoking atau beg sekolah mengikut kesesuaian masing-masing.

“Bantuan yang disalurkan kepada mereka yang layak ini sedikit sebanyak dapat memberi suntikan semangat kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu serta sebagai tanda ikhlas YBR dalam membantu mereka yang memerlukan dalam meneruskan kehidupan,” katanya.

Replika cek bantuan persekolahan ini telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar kepada wakil-wakil pemimpin tempatan.

Turut hadir dalam sesi penyampaian adalah Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, Dato’ Nur Jazlan Mohamed, wakil pemimpin tempatan Pulai, Tn Hj Mohammad Khairi Hj A.Malik wakil penduduk tempatan Iskandar Puteri, Syaiful Rizal Abdul Ghani Ketua Bahagian Operasi Menanggung Tugas Pengurus Besar YBR, serta Mohamad Ghazali Zainal Abidin Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR.

Untuk rekod, sehingga kini, seramai 39,397 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM5.12 juta sejak dari tahun 2018.

Bagi tahun 2022, sejumlah RM2.75 juta diperuntukkan dalam program bantuan persekolahan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat