Polis tak boleh periksa telefon tanpa alasan munasabah, Saifuddin ingatkan KPN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan polis bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk memeriksa telefon orang awam secara rawak tanpa alasan yang munasabah.

Menurut Saifuddin pasukan polis bukanlah sebuah agensi yang melakukan pemeriksaan secara rambang terhadap telefon bimbit rakyat.

“Dia boleh tengok mana-mana Tom, Dick dan Harry (orang awam) dan kalau dia rasa nak ambil saja telefon, dia boleh ambil? Tak. Kami tidak bertindak begitu,” katanya pada sidang media di Ekspo dan Sidang Kemuncak Keselamatan Antarabangsa Asia 2025, di Putrajaya.

“Sudah tentu, terdapat prosedur, garis panduan dan undang-undang yang memberikan polis kedudukan undang-undang untuk bertindak dalam situasi tertentu. Bila satu keputusan dibuat untuk membuat pemeriksaan, there must be a basis to it (perlu ada alasan munasabah),” tambahnya.

Beberapa hari lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menyatakan polis mempunyai kuasa untuk memeriksa telefon bimbit seseorang berdasarkan syak wasangka yang munasabah dan penggeledahan boleh dilakukan tanpa waran jika pegawai percaya kelewatan dalam mendapatkan waran boleh menjejaskan siasatan.

Bincang dengan Suhakam

Saifuddin juga mengarahkan Razarudin berbincang dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) setelah badan tersebut mengkritik keras kenyataan Razarudin dan menggesa orang ramai menghantar aduan sekiranya telefon mereka diperiksa secara rawak oleh polis.

Namun Saifuddin turut meminta Suhakam untuk memahami konteks tugas polis kerana terdapat banyak perspektif kepada isu itu.

“Sebab itu saya kata hal seumpama ini cara yang paling hikmah dan bijaksana adalah saya minta IGP duduk, berbincang, jelaskan dulu.

“Suhakam saya yakin boleh membantu masyarakat, mendidik masyarakat (mengenai tugas polis dan hak orang awam),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat