Perjalanan Sejauh 800km Tak Halang Malaysia Kalahkan New Zealand

- Advertisement -

BHUBANESWAR – Dua kemenangan berturut-turut diraih skuad negara pada peringkat kumpulan membolehkan mereka menamatkan saingan dalam kelompok 12 terbaik pada saingan Piala Dunia 2023 di sini.

Selepas menewaskan Chile 3-2 di Stadium Birsa Munda Rourkela, Malaysia kemudian mengharungi perjalanan sejauh 800 kilometer (km) ke Stadium Kalinga di sini, untuk mengatasi pasukan kesembilan terbaik dunia, New Zealand 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan C.

Skuad Speedy Tigers kendalian Arul Selvaraj mendahului New Zealand 2-0 menerusi Faizal Saari dan Razie Rahim, namun lawan mereka itu berjaya menyamakan kedudukan selepas mengeluarkan penjaga gol.

Namun jaringan padang Faizal pada minit ke-57 menjamin tiga mata penting untuk Malaysia menamatkan Kumpulan C di tempat kedua.

Untuk rekod, pada Piala Dunia 2018 di Stadium Kalinga, Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ke-15 daripada 16 pasukan.

Gol New Zealand pada aksi berkenaan dijaringkan Hayden Phillips pada minit ke-53 dan Sam Lane pada minit ke-53.

Pasukan kebangsaan kini harus menunggu aksi Kumpulan D antara India-Wales dan Sepanyol-England sebelum dapat mengetahui lawan mereka dalam perlawanan penentuan ke suku akhir.

“Kami ke Piala Dunia dengan berbeza perancangan untuk menentang pasukan yang berbeza dan apabila perlawanan dengan Belanda berakhir – yang paling sukar dalam kumpulan – kami tahu kami perlu meraih mata penuh ke atas Chile dan New Zealand.

“Terdapat detik yang membimbangkan di suku terakhir kerana kami kehilangan satu pemain kerana kad kuning (Amirul Azahar dikeluarkan lima minit dari minit ke-50) manakala New Zealand mengeluarkan penjaga gol mereka dan memasukkan pemain lain.

“Kami mempunyai sembilan manakala mereka 11 pemain menyerang gawang gol pada suku keempat dan sukar untuk bertahan.

“Pada akhirnya, saya memberitahu pemain yang kami perlu memastikan kurang melakukan kesilapan di minit terakhir perlawanan bagi memastikan kami dapat mempertahankan kelebihan dan itu yang dilakukan mereka,” kata Arul. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat