FELCRA Perlu Rancang Transformasi 3.0 – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan supaya Felcra Berhad (FELCRA) menyediakan pelan Transformasi 3.0 bagi mencapai tahap keterjaminan makanan negara seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan import.

Menurut beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), tiga elemen utama perlu diwujudkan dalam menjayakan Transformasi itu.

“Tiga elemen utama meliputi tanggungjawab sosial, nilai komersial dan membantu menjayakan keterjaminan makanan.

“Saya ingin sarankan supaya transformasi 3.0 mesti dirancang dan dilakukan bagi melihat bahawa Felcra bukan hanya sebuah badan korporat yg terus memberi keberuntungan kepada peserta melalui petanggungawab sosial ia harus jadi badan korporat dengan lebih 100 ribu peserta menjadi konglomerat membantu kerajaan dan rakyat dari segi food security,” katanya dalam majlis taklimat Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad hari ini.

Mengulas lanjut, Zahid berkata Felcra perlu menjadi sebuah badan korporat yang didukung oleh 100,000 peserta menjadi konglomerat yang membantu kerajaan dan rakyat dari segi sekuriti makanan.

“Biarpun transsformasi itu memberikan beberapa lakaran utama untuk anjakkan minda bagi merubah pertanggungjawab sosial dan keberuntungan dalam komersial harus seiring dan sejalan.

“Namun pada hemat saya Felcra yang telah tertubuh pada 1966 dimana pendirinya adalah pemacu pembangunan luar bandar ketika itu Tun Abdul Razak Hussien saya melihat sebagai sebuah badan bekanun yg telah dihijrahkan sebagai sebuah badan korporat ianya harus terus menterjemahkan pertanggungjawab sosial Felcra kepada peserta peserta yang jumlah isirumahnya melebihi 100 ribu dan penglibatan ahli ahli keluarga tidak kurang 500 ribu,” katanya.

Tambahnya Felcra juga perlu telus dan belajar dari pengalaman agar tidak berhadapan dengan permasalahan besar supaya ketirisan tidak berlaku.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat