Dakwaan abai anak tak masuk akal – Fizo Omar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon Fizo Omar, 36, menyifatkan dakwaan dia mengabaikan anak ketika bercuti di sebuah taman tema di Johor, baru-baru ini, sebagai tidak masuk akal.

Fizo atau nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar berkata, sebagai bapa penyayang, dakwaan dia mengabaikan anaknya, Wan Maryam ketika bercuti, tidak boleh diterima.

“Sebagai orang yang ada keluarga, logik tak kalau anda bawa anak-anak bercuti di tempat yang khusus untuk kanak-kanak seperti Legoland, anda biarkan anak-anak?

“Saya pergi (bercuti) dengan enam orang lain termasuk ibu, adik dan anak-anaknya yang sebaya dengan Maryam. Ibu saya berusia 50-an, logikkah dia mengabaikan cucunya?

Fizo menganggap dakwaan mengabaikan Maryam ketika bercuti di Legoland, baru-baru ini, tidak masuk akal. Foto IG Fizo Omar
Fizo menganggap dakwaan mengabaikan Maryam ketika bercuti di Legoland, baru-baru ini, tidak masuk akal. Foto IG Fizo Omar

 

“Jadi, tidak perlulah saya menjawab persoalan orang ramai. Cukup hanya memikirkan apa yang logik. Bagi saya, Maryam sangat gembira dengan kami di sana,” katanya kepada BH Online.

Fizo berkata, sebagai bapa yang jarang berjumpa anak, sudah tentu dia memanfaatkan masa yang ada bersama Maryam.

“Saya hanya berjumpa anak saya dua kali sebulan mengikut perintah Mahkamah Syariah. Jadi, pastinya saya memanfaatkan masa bersama Maryam.

“Setiap kali saya ambil Maryam, saya bawa dia pergi ke mana-mana dan meluangkan masa. Sesibuk mana pun, saya pastikan kami meluangkan masa bersama.

“Apa sahaja kerja, saya tolak untuk mengosongkan jadual. Itulah bagaimana saya hargai masa saya bersama Maryam.

“Anak adalah harta paling berharga dalam hidup saya. Takkanlah saya mahu biarkan anak sendirian. Ibu saya boleh jaga, takkanlah anak, saya tak boleh jaga?” katanya.

Fizo berharap orang ramai tidak membuat andaian sendiri hingga keadaan bertambah keruh dan menimbulkan rasa tidak selesa mana-mana pihak.

“Sebenarnya, saya orang yang tidak ambil peduli. Kalau mana-mana pihak hendak bersuara dan beri pandangan, itu hak dia. Tetapi kita sebagai manusia yang ada akal dan waras, saya mohon untuk berfikir logik.

“Saya kesal apabila keluar dakwaan ini dari pihak satu lagi. Ini menyebabkan Mawar teruk dikecam netizen. Saya sebenarnya tidak dikecam kerana saya tidak ambil peduli dan sangat sibuk dengan perniagaan.

“Jadi, apabila orang kongsi dengan saya dia dikecam, saya simpati dengannya. Macam mana pun, dia tetap emak kepada anak saya. Apa pandangan dia, saya hormati.

“Jadi, bagi saya, saya harap netizen, jangan buat andaian dan persepsi. Janganlah menghukum dan mengecam dia. Anggaplah ada salah faham. Kita bersangka baik dengan semua perkara,” katanya.

Baru-baru ini, Mawar Karim berkongsi hantaran menerusi Instagram Story (IGs) mengenai luahan anaknya. Mawar mendakwa ada individu menghantar gambar anaknya keseorangan ketika bercuti bersama Fizo dan keluarga di Legoland.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013, namun, bercerai pada 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Wan Maryam yang berusia empat tahun.

Fizo berkahwin kali kedua dengan Fazeera Nazri pada Oktober lalu.

Dalam perkembangan lain, Fizo yang sibuk dengan perniagaan, memilih tawaran yang sesuai dengan jadual kerjanya.

“Ada ‘job’ pengacaraan dan lakonan yang saya terima. Selepas ini saya akan menjayakan drama bersiri, Fast Girl untuk WeTV dan drama untuk slot Akasia, TV3.

“Hendak terima banyak tawaran tidak boleh sebab saya sibuk dengan perniagaan. Saya akan buka taman kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) yang ketiga di Pulau Pinang selepas Kelantan dan Pahang,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat