Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Pengurusan dan Operasi Tabung Haji

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenaan untuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat Isu Pengurusan dan Operasi Tabung Haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, baginda turut memperkenankan pelantikan enam Ahli RCI itu, diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Raus Sharif, sebagai Pengerusi.

Beliau berkata, lima ahli lain adalah bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman; Pengasas RHB Group, Tan Sri Abdul Rashid Hussain; bekas Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid; Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Unishams) yang juga Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (SC) Prof Dr Asmadi Mohamed Naim serta Akauntan Bertauliah yang juga Timbalan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Norsyahrin Hamidon.

“Ahli-ahli yang dilantik adalah terdiri daripada tokoh yang berwibawa, mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing iaitu bidang kehakiman, perkhidmatan awam, pentadbiran, ekonomi, kewangan, pelaburan, pasaran modal, perbankan, kewangan Islam dan perakaunan.

“Mereka yang dilantik ini dipastikan bebas dan tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan Tabung Haji.

“Ini bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan telus, adil dan saksama serta mengelak sebarang isu yang membabitkan konflik kepentingan dengan pihak-pihak yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Wan Junaidi berkata, penubuhan RCI itu selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].

Beliau berkata, pelantikan anggota RCI itu berkuat kuasa esok hingga 19 Julai ini.

Katanya, suruhanjaya itu diberikan tempoh selama enam bulan bagi melaksanakan siasatan dan menyediakan laporan untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kerajaan sebelum ini, bersetuju menubuhkan RCI bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) bagi menyiasat isu berbangkit mengenai TH, pada 14 Julai lalu.

Ia antara lain bagi memastikan siasatan dalaman telus dan amanah dapat dilaksanakan demi memastikan TH menjalankan mandat dengan profesional dalam menguruskan wang deposit umat Islam. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat